Saturday, April 18, 2009

10 APRIL 2009

Jumaat 10/04/09 9.15pm

Alhamdulillah, sekali lagi aku diberikan peluang oleh Allah swt kesempatan untuk menulis. Tapi suasana kali ini sedikit berbeza kerana aku telah hampir 2 minggu meluangkan masa di kampung halamanku, di Kuala Kangsar, Perak, MALAYSIA. Aku pulang ke tanah air tepat pada 26 Mac 2009. Dan kini, baru aku sempat meluangkan sedikit masa untuk berkarya..

Telah banyak perubahan yang aku sedari sepanjang di Malaysia ini. Yakni sedikit berlainan dari ketika aku tinggalkannya dahulu. Banyak juga peristiwa-peristiwa yang sempat aku rasai sepanjang tempoh aku bercuti di Malaysia ini. Antaranya, perlantikan Perlantikan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Dato Seri Dr Najib b Tun Razak, 3 pilihan raya yang di tunggu-tunggu, PC Fair 2009 dan macam-macam lagi. Kiranya, agak beruntung juga kepulanganku kali ini..

Tidak banyak yang dapat aku kongsi kali ini. Tetapi sekadar ingin berkongsi aktiviti-aktiviti yang aku jalankan sepanjang di Malaysia ini. Pertamanya, berkaitan dengan kenduri kahwin kakak sulungku. Sebenarnya, itulah tujuanku pulang ke Malaysia kali ini, untuk menghadiri kenduri tersebut. Tibanya aku di rumah saudara untuk tumpang bermalam, aku sempat membuat kejutan kepada kedua ibubapaku. Bayangkanlah, aku balik kali ini, hanya kakakku yang sulung sahaja yang tahu. Abah dan mama langsung tidak ketahui mengenai kepulanganku ini. Dan tambah mengejutkan mereka, sebelum aku menaiki kapal terbang, aku sempat menelefon mereka mengatakan bahawa aku tidak dapat mengadiri majlis tersebut. Haha.. Maka apabila mereka melihat kelibatku, maka terkejut besar la.. Maafkan orang ye mama dan abah.. =) Keesokan harinya, majlis kenduri tersebut berjalan lancar seperti yang dirancang.. Alhamdulillah…Aku pulang bersama keluargaku ke rumah kami di Kuala Kangsar selepas tamatnya majlis tersebut.

Minggu pertama di rumah agak memenatkan. Ini kerana kepenatan menaiki pesawat KLM Royal Dutch yang berlepas dari Bristol ke KLIA mengambil masa 17jam, satu tempoh yang agak lama dan penatnya, masih lagi terasa hingga kini. Huhu.. Hari pertama di rumahku, agak baik. Aku dapat mengajak adikku menunaikan solat subuh berjemaah di masjid. Pagi itu, aku bangun awal, pukul 5pagi. Sudah menjadi kebiasaanku di UK untuk bangun awal kerana waktu subuhnya agak awal ketika itu. Sekitar pukul 4-5pagi. Dan alhamdulillah, aku dapat beristiqamah dalam menunaikan ibadah berjemaah bersama adikku. Benarlah kata orang, bila di UK kita sudah terbiasa melakukan sesuatu, tidak mustahil kita akan terikut-ikut untuk melakukannya di tempat lain.. =)

Oh ya. Minggu pertama juga aku sempat meninjau tempat-tempat yang menarik di Cameron Highland. Aku telah lama merancang untuk membawa seluruh ahli keluargaku untuk bercuti di situ. Insyaallah, kalau diizinkan oleh Allah swt, aku bercadang untuk membawa mereka pada 13-14jun 2009. Kakakku yang sulung mencadangkan agar kami menginap di rumah tumpangan TNB kerana along adalah pekerja TNB, maka dibenarkan untuk menggunakan kemudahan tersebut. Namun, penginapan tersebut tidak diputuskan lagi. Sempat juga aku melawat sekitar Cameron. Aku ke Strawberry Farm, Rose Garden, pasar malam, ladang lebah, Cactus Valley, Smoke House, dan sebagainya. Aku ke sana menaiki motor. Maka, agak senang untuk aku meninjau tempat-tempat tersebut. Tetapi yang paling ketara, Cameron Highland kini, tidak lagi sesejuk dulu. Mungkin suhunya sekitar 23degree. Tapi agak sejuk ketika malam hari dan awal pagi. Insyaallah, kalau tiada aral melintang, rancanganku ini dapat berjalan dengan lancar. =)

Minggu kedua, aku ke Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin, Selangor. Melawat adik-adikku di sana. Pada mulanya, aku agak segan untuk ke sana. Ini kerana, aku ni, tidaklah rapat dengan mana-mana junior atau cikgu di sana, Maksudku, aku hanyalah rakan biasa kepada mereka semua. Tambah menyedihkan, aku tiada nombor juniorku langsung..huhu.. Tapi, tibanya aku di sana, persepsiku berubah. Kedatanganku disambut dengan mesra oleh staff-staff yang mengenaliku dahulu. Seingat aku, aku slalu bertegur sapa dengan mereka. Pekerja dewan selera, cafĂ©, staff admin, pak guard, abang-abang dan makcik-makcik RC, hampir kesemuanya mengenaliku dan menegurku. Terasa diri ini seperti seorang artis. =p Tempat pertama yang aku tuju, adalah surau as-saad. Wah, surau dah ada audio system yang baru. Agak sedap juga bunyinya kalau dibandingkan dahulu. Kemudian, setelah beristirehat sebentar, aku melangkahkan kaki ke bilik guru. Kini guru-guru KY diasingkan mengikut department masing-masing. Aku sempat berbual mesra dengan Ustaz Malikie. Kemudian aku menegur Puan Sheila dan Puan Ju yang sedang berehat selepas selesai menanda kertas jawapan exam trial Further Maths. “Sehari je dah siap. Senang sangat nak tanda paper further ni. Pangkah je…”kata Puan Ju dan Puan Sheila. Hmm, agak kecewa aku mendengarnya. Kasihan kepada junior-juniorku mengenangkan nasib exam further maths mereka. Dalam pada itu, Puan Ju sempat memerliku. “Saya ingat sangat kat awak pai. Selalu ponteng kelas saya”. Pedasnya, terasa sampai sekarang. Huhu.

Kemudian, aku berjumpa dengan Miss Aizan. Banyak yang sempat kami bualkan. Maklumlah, Miss Aizan dahulu pernah juga belajar di UK. Maka, banyaklah nasihat dan peringatan yang aku dapat. Terima kasih Miss Aizan. =)

nampaknya, berakhir di sini sahaja nukilanku kali ini.. Insyaallah berjumpa lagi di lain hari..Salam...