Monday, November 30, 2009

KEMBARA RAYA DI PLYMOUTH... (^_^)

Salam wbt.

Destinasi: St Mark and St John, Plymouth
Tarikh: 28-29November 2009
Objektif: Kembara raya eidul adha
Kos:
(a)train-£30.35(seorang)
(b)taxi(pergi)-£10.50
(c)taxi(balik)-£7.50

Keuntungan:
(a)pengalaman di tempat baru-£'tidak ternilai'
(b)ukhuwwah bersama warga Plymouth-£'tidak ternilai'
(c)suasana raya bersama warga Malaysia di Plymouth-£'tidak ternilai'
(d)ilmu yang dikongsi sepanjang kembara-£'tidak ternilai'
(e)makanan Malaysia yang sekian lama dirindui-£'tidak ternilai'

Penghargaan:
Terima kasih tidak terhingga kepada semua atas kembara yang amat bermakna ini. Mudah-mudahan, Allah jua yang dapat membalas jasa baik kalian semua. Moga kita ketemu lagi. InshaAllah.
(a)Ariff, Basir dan Dr. Azli-tuan rumah
(b)Ustaz Mazrul-speaker kuliah raya
(c)Nizam, Haziq, Aiman, Ayunni, Saufi, Fadhli-kenalan baru di Plymouth
(d)semua warga Plymouth


alhamdulillah, selamat sampai ke Plymouth..


teman kembara turut tidak melepaskan peluang bergambar..


taman di Kota Plymouth


Christmas market di Kota Plymouth


kebolehan menjadi 'tour guide'??


gembira dapat menaiki 'ferris wheel' di Kota Plymouth


lagi kegembiraan terserlah


Keindahan bandar Plymouth


berehat kepenatan di tempat persinggahan bermalam


gaya bersahaja, tetapi penuh berilmu


Al-quran dan hadis menjadi panduan


"Dijemput semua menjamu selera dengan juadah yang disediakan."


bersyukur kepada Allah atas rezeki yang dikurniakanNya


memanfaatkan masa sewaktu menunggu giliran


si cilik ini juga ingin mendengar


juadah untuk tetamu khas


Ayunni, bersama alat pengasah bakatnya


Jazakumullahu khairan katheera kepada semua.
Salam dari Bath

Wednesday, November 18, 2009

MAMA DAN ABAH...

salam wbt...

hari ini, aku tidak mengerti. mengapa dengan tiba-tiba, hatiku asyik teringat kepada kedua orang tuaku di Malaysia. rasa rindu semakin terasa. seolah-olah, aku semakin jauh dengan mereka. ya Allah, jika Engkau memberikan peluang kepada hambaMu ini untuk berjumpa kedua ibubapaku, nescaya akan aku peluk mereka seerat-eratnya. tanda kasih sayang aku kepada mereka. tanda kerinduan seorang anak di perantauan kepada kedua orang tuanya.

ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. janganlah Engkau ambil ibubapaku sebelum sempat untuk aku menabur bakti membalas jasa mereka membesarkan aku ya Allah. hambaMu ini masih lagi belum bersedia untuk kehilangan insan yang paling aku sayangi ya Allah.......aku memohon kepadaMu ya Allah..Engkau panjangkanlah umur kedua ibubapaku ya Allah.....berikanlah aku peluang untuk membalas jasa mereka ya Allah....tolonglah ya Rahman, ya Rahim...

Abidi Hussain kini semakin berumur. rambut yang dahulunya hitam, kini keputihan uban sudah menutupi kepalanya. kedut di mukanya, jelas menggambarkan usianya. 54 tahun, itulah umur ayahku kini. senyumannya, menampakkan gigi-gigi putih yang jarang. namun, masih mampu membuatkan orang disekelilingnya berasa gembira. periang. hanya satu perkataan yang dapat menggambarkan personaliti ayahku. walaupun seringkali ditimpa masalah, senyumannya tetap masih mampu dilakar. pengalamannya, sejangkau dengan usianya. abah, aku sayang padamu. terima kasih kerana membesarkan aku abah. mengajarkan aku segala-galanya. mendidik aku, sehingga menjadi insan seperti ketika ini...terima kasih....masih segar di ingatanku. tatkala engkau mengusap kepalaku, mengucapkan tahniah kepadaku atas kejayaan mendapat 5A untuk UPSR..."macam ni lah anak abah." masih lagi terngiang-ngiang di telingaku akan ungkapan itu. abah, terima kasih atas dorongan dan galakan yang engkau berikan. hanya Allah jua yang mampu membalas jasamu itu. InshaAllah, aku akan menjadi seorang ayah yang sama baik sepertimu, dan akan berusaha untuk menjadi lebih baik lagi. abah, engkaulah ayah yang terbaik!!!

Noor Azian Zaini, juga berumur 54tahun. tubuhnya, terlalu kerdil. jika dilihat dari jauh, seakan-akan pelajar yang baru berusia belasan tahun. itulah ibuku. insan yang lebih mesra aku panggil sebagai 'mama'. tempat untuk mengadu domba, tempat untuk bermanja-manja, dan tempat untuk segala-galanya. itulah mama. "Assalamualaikum, mama ada?" soalan yang pertama sekali aku akan tany jika aku telefon ke rumah. semenjak dari Tingkatan 1 lagi aku telah tinggal berjauhan dari keluarga, yakni memasuki sekolah berasrama penuh. maka, telefon sahajalah yang menjadi medium komunikasi antara aku dan keluargaku. dan mama adalah orang pertama yang aku akan tanyakan. mendengar suaranya sahaja sudah cukup untuk menceriakan hariku. melihatkan senyuman, sudah cukup untuk menyempurnakan hidupku. setiap perkara yang dilarangnya, pasti ada hikmah. setiap tegurannya, ada benarnya. walaupun mama sentiasa sibuk dengan urusan pejabat, namun mama masih lagi mampu untuk meluangkan masa untuk anak-anaknya. tabah. perkataan yang menggambarkan mama. seorang ibu yang cukup tabah untuk menjaga 9 orang anak dan seorang suami. di samping itu pula dengan urusan pejabat yang banyak, masih lagi mampu membahagikan masa untuk menggembirakan kami dan abah. mama, terima kasih....terima kasih atas didikanmu. terima kasih atas nasihatmu. dan terima kasih untuk segala-galanya. hanya Allah jua yang mampu membalas jasamu itu. inshaAllah, akan aku carikan seorang wanita yang mampu menjadi sehebatmu untuk mendidik anak-anakku sepertimana engkau mendidik kami semua, mama. mama, aku sayang padamu. aku bersyukur padaMu ya Allah kerana mengurniakan aku seorang ibu sepeti mama. Engkau ampunlah dosa mama dan abah ya Tuhan yang Maha Mengasihi..

"Keredhaan Allah terletaka pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah juga terletak pada kemurkaan ibubapa"
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya – hadis no: 1899 (Kitab al-Birr wa al-Shalah, Bab berkenaan keutamaan pada keredhaan ibubapa) dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – hadis no: 515.

Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu ‘anh ber
kata:

Sesungguhnya seorang lelaki dari Yaman telah berhijrah kepada Rasulullah s.a.w (untuk berjihad) lalu baginda bertanya: “Adakah kamu mempunyai seseorang di Yaman?” Dia menjawab: “Ibubapa aku.” Rasulullah bertanya: “Adakah mereka memberi izin kepada engkau?” Dia menjawab: “Tidak.” Rasulullah bersabda: “Kembalilah kepada mereka berdua dan mintalah izin dari mereka berdua.

Jika mereka mengizinkan engkau maka berjihadlah akan tetapi (jika tidak) maka berbuat baiklah kepada mereka berdua.”


salam dari bath...

Wednesday, November 11, 2009

PENYAKIT UMAT AKHIR ZAMAN...

salam wbt.

hari ini aku ketawa. aku tersenyum. dan aku menangis. semuanya akibat terbaca satu hadis di internet. hadis yang dulunya seringkali diceritakan kepadaku, yang seringkali diwar-warkan oleh rakan-rakanku, bila mana, begitu kerap sekali aku diperdengarkan kepada hadis itu, sehinggakan aku boleh menghafalnya. tetapi, hari ini, aku terbaca mengenainya. terkesima, terkedu, dan tergamam memikirkannya. SPEECHLESS...

"
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang­-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hari itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati"."
HADIS RIWAYAT ABU DAUD

aku akui, dahulunya ketika diceritakan mengenai hadis ini, tiada perasaan. hati ini penuh dengan amal jahiliyyah sehinggakan tidak terkesan hadis ini kepadaku. tapi kini, aku rasa menyesal. kerana, dahulunya, mengapa aku tidak terkesana akan hadis ini? ya Allah, bantulah hambamu ini. bukakanlah pintu taubat untuk hambamu ini. amin..

wahai rakan-rakan sekalian, sedarkah kita? bukankah kata Rasulullah itu telah menjadi realiti pada masa sekarang ini? tidakkah sekarang kita dikerumuni oleh bangsa-bangsa dunia? apakah tanggapan masyarakat dunia kepada umat Islam wahai sahabatku? bagaimanakah nasib saudara-saudara se-Islam kita di Palestina? Pakistan? Iraq? Bosnia? Kashmir? Pattani? dan di seluruh dunia, dimana kalau aku sebutkan disini, nescaya tidak mampu kamu semua bacanya. air mata yang membasahi pipi ini, masih belum sempat untuk kering, telah syahid seorang muslim di medan perang. ya Allah, tempatkanlah roh-roh orang yang berjuang dijalanMu ke dalam JannahMu ya Allah. amin...

secara zahirnya, penganut Islam adalah majoriti di dunia ini. tapi mengapa Islam ditindas? Dimana Islam yang dahulunya dipandang tinggi oleh masyarakat dunia? Benarlah kata nabi, Allah telah mencabut rasa gerun terhadap Islam dari hati orang-orang kafir untuk memerangi Islam.

"Dan orang-orang yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepadamu sebelum engkau mengikuti agama mereka." [2:120]

dan dalam hadis itu juga, ada diterangkan mengenai penyakit umat akhir zaman, iaitu WAHN. sejenis penyakit yang dicirikan oleh Rasulullah sebagai sikap mencintakan dunia dan takutkan mati. kenapa kita mahu mencintakan dunia yang hanyalah tempat persinggahan? ataupun kita masih lagi enak dibuai mimpi indah oleh bisikan syaitan yang menjadikan dunia ini ibarat syurga? sedarlah rakan-rakanku. bangkitlah dari tidurmu itu. akhirat adalah tujuan kita!!!

"Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?" [6:32]

"eh, mana ada aku cintakan dunia. aku solat full, baca quran ada. puasa ada. mana ada cintakan dunia." begitulah yang seringkali kita dengan insan-insan yang menafikan kebenaran. sahabatku, tanyakan pada diri anda sendiri, dalam sehari, berapa banyak masa yang anda peruntukkan untuk Islam? kemudian, bandingkan dengan jumlah masa anda belajar. ternyata jauh beza bukan? "study itu adalah kewajipan aku. aku dihantar ke UK untuk belajar, bukan buat benda lain!" alasan yang sudah pasti akan diberikan. jika benar itu adalah keawjipan kita, di manakah kewajipan kita untuk menegakkan Islam? bagaimana pula dengan kewajipan kita terhadap saudara-saudara se-Islam kita yang ditindas di luar sana? mengapakah kita boleh duduh beristirehat di atas tilam yang empuk sedangkan saudara kita bersengkang mata mempertahankan iman mereka sehingga bergadai nyawa? rakan-rakan, renungkanlah...

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." [47:7]

Akhir kata, marilah kita bersama-sama memperjuangkan Islam, membantu Ad-Deen ini. agar dengan demikian, Allah juga akan membantu kita. KIKIS penyakit wahn itu dari dalam diri kita. TINGGALKAN segala karat-karat jahiliyyah. BANYAKKAN masa untuk kenali Islam, dan sebarkannya...
sekadar untuk renungan,

JIKA KITA MAMPU MENDENGAR LECTURE UNTUK BEBERAPA MINIT, MENGAPA KITA TIDAK BOLEH MELUANGKAN MASA UNTUK 5 MINIT TAZKIRAH?

JIKA KITA MAMPU MEMBACA BUKU SEHINGGA HABIS, MENGAPA KITA TIDAK BOLEH MENGKHATAMKAN AL-QURAN SELALU?

JIKA KITA MAMPU BERBELANJA UNTUK SERTAI SEMINAR PENDIDIKAN, MENGAPA KITA TIDAK BOLEH MENGINFAKKAN SEDIKIT HARTA UNTUK RAKYAT MISKIN?

segala persoalan ini hanya akan terjawab oleh anda sendiri. anda mampu pilih untuk menjadi penonton atau penggerak. wallahu'alam.

salam dari bath...



Monday, November 2, 2009

...pilihan...

assalamualaikum wbt...

hari ini aku keliru. sedih. dan tmenangis. aku sendiri tidak tahu mengapa dan apa yang terjadi pada diriku hari ini. di dalam bas, air mata ini tidak lagi dapat dikawal, maka bercucuranlah jatuh membasahi pipiku.

"are you alright young man? why you are seems so sad today?" sapa seorang makcik tua yang duduk disebelahku. Tersenyum. hanya itu sahaja jawapan yang dapt aku berikan kepada makcik tersebut. kerana, aku sendiri tidak tahu kenapa aku menangis. banyak persoalan yang bermain dalam fikiran ini. sehinggakan tidak lagi dapt diungkap dengan kata-kata. hanya air mata sahaja yang mampu menceritakan segalanya.

mungkin sebab minggu ini aku tidak berkesempatan menelefon keluargaku di Malaysia. mungkin juga akibat cuaca yang terlampau sejuk sehinggakan mempengaruh emosiku. ataupun mungkin akibat terlalu banyak berfikir.

pilihan!!! aktu bertanya pada diriku, kenapa aku memilih sesuatu perkara tertentu dan tidak memilih perkara lain. mengapa aku memilih untuk belajar di UK ini sedangkan aku juga diberi pilihan untuk belajar di Malaysia? mengapa matematik yang menjadi pilihan dan bukannya jurusan undang-undang? why i'm choosing bath instead of imperial, sheffield, bristol and york? and why i'm writing this post instead of doing something else?

terlalu banyak persoalan sehinggakan tidak mampu terjawab. memang realiti kehidupan dunia, terlalu banyak pilihan yang perlu kita pilih. barangkali pilihan kita itu tepat. tapi, langit tidak selalunya cerah. adakalanya hari yang cerah, tiba-tiba dibasahi hujan di luar jangkaan kita. begitu juga dengan pilihan-pilihan yang telah kita ambil. tidak semestinya pilihan kita tepat. pasti ada cacat celanya kerna kita bukanlah insan yang sempurna. begitu juga aku. tersungkurnya aku akibat kesilapan dalam membuat pilihan. namun kini, hanya satu peganganku, cukuplah Allah dan rasul menjadi pilihan muktamadku.

namun, jalan yang aku pilih ini, banyak halangannya. ibarat memandu di lebuhraya, pasti ada simpang yang boleh meragukan kita sehingga menyesatkan. semakin yakin kita dengan pilihan yang kita ambil, semakin banyak anasir-anasir yang sedikit sebanyak mempengaruhi kita, cukup untuk membuatkan kita berasa sesal atas pilihan yang di ambil.

entahlah. aku sendiri tidak mengerti apa yang aku katakan ini. biarlah aku sendiri yang memahaminya. kerna, aku bukanlah seorang insan yang suka mengadu domba. aku tidak suka orang lain tahu akan masalahku. bagiku, biarlah orang lain nampak aku sebagai seorang yang ceria. biarlah aku yang selesaikan masalahku sendiri. insyaallah, Allah ada disisiku untuk membantuku. amin.

saat penciptaan nabi adam as, allah memerintahkan semua malaikat sujud kepada nabi adam. namun, iblis telah memilih untuk tidak sujud kepada ciptaan allah yang dirasakannya lebih hina daripadanya. kesannya, neraka jahannamlah tempat siksaan bagi iblis. melihatkan kepada kisah ini, sebenarnya kita ini tidak diberikan apa-apa pilihan dalam hidup ini. tapi kita sendirilah yang telah mewujudkan pilihan-pilihan yang lain, yakni memilih untuk tidak mengikut apa yang telah sedia ada.

sebagai contoh, kita sebagai seorang muslim telah diperintahkan oleh Allah swt untuk menyampaikan Islam kepada semua makhluk. tetapi, kita sendirilah yang telah memilih untuk tidak melakukan sedemikian rupa. realiti kini, banyak yang islam hanya pada nama. ramai yang memilih untuk tidak mengamalkan islam itu sepenuhnya. astaghfirullah..aku juga merasakan aku ini sebahagian daripadanya. memilih untuk tidak melakukan apa yang telah diperintahkan kepada aku. aku memohon kepadaMu agar membimbing aku kembali ke jalanMu ya Allah. amin.

"TIDAK AKU CIPTAKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UNTUK BERIBADAH KEPADAKU"
az-zariyat:56


sampai sini sahaja. salam dari bath.