Monday, August 3, 2009

edisi khas terbitan di malaysia.. ^^

salam...
adeh..terasa sungguh malas untuk menulis ketika berada di Malaysia..dalam sedar atau x, telah genap 2bulan aku berada di malaysia..bermacam-macam benda yang aku telah lakukan...sehinggakan kulitku da menjadi gelap kembali..huhu... :'(

jadi untuk edisi kali ni, cerita serba sedikit aktivit yg aku buat sepanjang kat malaysia ni..tapi yang aku ingat je la..da 2bulan kot..huhu...

JUN 2009

1. Family Vacation@ Cameron Highland
alhamdulillah, berjaya juga rancangan aku untuk membawa satu family bercuti bersama2...percutian selam 3hari2malam ni sememangnya banyak membantu aku...ikatan kekeluargaan semakin kukuh, yg da lame xjumpe dapat melepaskan kerinduan, dan dapat juga terasa kesejukan UK di malaysia.. (^^) yang ikot rombongan tu, abah n mama, along ngn abg nizar, angah ngn kak ira, opah, n all my sibling..best2...next year nk buat lagi le..hehe...

2. Awards Day 09 KYUEM
aku berkesempatan melawat junior2ku di KY..alhamdulillah, ramai juagak yg still ingat aku ek?..hehe..smpat juga la berbual2 bersama2 junior...walaupun xsmpt nk ber'DF', tp hepi sbb diorg byk tanye psl life kt UK..terasa macam jd penglipur lara la plak..haha..ade juga berkenalan ngn super junior..tp xrapat sgt..huhu..agak kekok..

3. Daurah Pembukaan Ireland
first tyme g ke TTS serdang...barula mnyedari hakikat akan adanya pertubuhan di malaysia yg memperjuangkan dakwah islamiyah di malaysia ni..selalu dgr org lain ckp je..ni nmpk dan alami sndiri..alhamdulillah, byk yg dpt ketika pengisian tersebut..berkaitan sejarah usrah, tarbiyah dzatiyah, n dpt kenal ustaz2 local mcm ustaz aseem, abg muhaimin n ustaz adtiff..


....................................................................

adeh..trase kemalasan da utk taip..huhu..mmg aku ni bkn diciptakn utk bwat bende2 blog cmni kot..huhu...lg ske bace dr tulis sndiri..huhu..xpe la..xyah la cite ape yg aku bwat..biar aku je la yg phm...haha.. =p

Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.
al-a'raf:205

Thursday, May 28, 2009

KEHIDUPAN ADALAH UJIAN..........

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi dapat la menyambung tulis lagi ni...Walaupun pada dasarnya, xtau nak tulis ape sebenarnye... (^_^)

Insyaallah kali ni nak menyelami topik tentang kehidupan kita sebagai hamba allah di dunia ini...Alhamdulillah, sepanjang tempoh 12may-27may, selesai sudah salah satu ujian dunia yang telah ditetapkan oleh allah kepadaku..yakni peperiksaan akhir tahun pertama...aku tidak merasakan aku telah buat sehabis baik...kerana bagiku, usahaku hanyalah sedikit jika dibandingkan dengan orang lain...jika dibandingkan dengan rakan2ku yg kebanyakannya berasal dari China, mereka lebih tekun dan amat berusaha sungguh2 dalam peperiksaan kali ini...Telah abis semua past year exam question yang mereka siapkan sebelum peperiksaan..telah banyak masa yang mereka peruntukan untuk belajar di library dan sebagainya....tapi aku??? duduk di hadapan laptop Toshibaku, main game, then hanya membuat sedikit sahaja soalan past paper..teramatlah la sedikitnya usaha aku...mungkin kerana aku ini tidak lagi terasa bahang exam ini seperti budak2 final year yang lain..huhu.. ya allah, engkau bantulah hambamu ini..tetapkanlah iman hambamu ini dalam menghadapi ujian2ujian mu di dunia ini...amin...

kini telah habis ujian peperiksaan, datang lagi ujian yang lain...huhu...kemalasan mula melanda diri...setiap hari dipenuhi dengan tanpa membuat apa2...ya allah, besar sungguh ujianmu ini...selain keluar bilik untuk pergi menunaikan solat berjemaah di masjid, aku banyak menghabiskan masaku di dalam bilik, di hadapan laptop...facebook, friendster, ym, telah abis aku terokai sehinggakan aku dah xtau nak cari ape lagi dalam internet...setiap hari, banyak dihabiskan di katil, berchatting di ym, dan sebagainya...dana aku telah tewas..tewas dengan ujian Mu kali ini ya allah...sememangnya sukar untuk membentuk diri ini di kala keseorangan...syaitan seringkali berjaya mencucuk hati ini agar setiap hariku dipenuhi dengan perkara sia2...ya allah, bantulah hambamu ini..limpahkanlah rahmatmu agar hambaMu ini tidak mensia2kan masanya...amin...

banyak lagi ujian yang bakal aku hadapi kelak...anataranya, berkaitan landlord yg masih lagi tidak dapat dihubungi..insyaallah, aku bakal duduk di rumah baru mulai sem depan...namun, masalah timbul apabila landlord yang cuba dihubungi, tidak memberikan sebarang respons. kunci rumah masih lagi tidak diperoleh, alamat rumah tersebut juga tidak diperoleh dengan lengkap, masalah barang2 yang agak banyak untuk dipindahkan dan banyak lagi perkara yang masih belum diselesaikan..namun, aku kini, masih dapat duduk beristirehat di dalam bilikku...apakah??!!!

Kesimpulan apa yang aku ingin sampaikan kali ini, bukanlah berkaitan segala masalahku ini...tetapi apa yang aku cuba sampaikan, kehidupan kita ini sememangya adalah satu ujian,..ujian yang tiada pengakhiran sehinggalah datangnya hari pengadilan kemudian hari..dan sesungguhnya, amat rugilah seseorang itu sekiranya dihari kemudian, dia gagal dalam ujiannya...ya allah, aku memohon kepadamu agar dipermudahkan segala ujian yang ditimpakan ke atasku dan semua umat islam...bantulah kami dalam menghadapi ujianMu dan berikanlah kami kejayaan syurga yang telah Engkau janjikan...Insyaallah...amin...

Salam....

Dari Abi Al-Abbas Abdillah bin Abbas r.a katanya: Pada suatu hari adalah aku dibelakang Nabi s.a.w, lalu baginda bersabda: Hai anak! aku akan mengajar engkau beberapa perkataan. Peliharalah Allah, nescaya Ia pelihara engkau. Peliharalah Allah, nescaya engkau dapatiNya dihadapan engkau. Apabila engkau meminta, maka mintalah kepada Allah. Dan apabila engkau memohon pertolongan, maka pohonlah pertolongan itu dengan Allah. Dan ketahuilah! Sesungguhnya umat itu kalau mereka berkumpul untuk memberi manfaat kepada engkau dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat memberikannya kepada engkau kecuali dengan sesuatu yang telah dituliskannya oleh Allah atas engkau. Dan jika mereka berkumpul untuk membahayakan dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat membahayakan engkau kecuali dengan suatu yang telah dituliskannya oleh Allah atas engkau. Diangkatkan segala pena, dan telah keringlah pula segala buku. Diriwayatkan oleh Tirmizi, dan katanya hadith ini hasan sahih.

Sunday, May 3, 2009

Penerimaan watikah di Cardiff... =)

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana atas kurniaNya, dapat lgi aku mengarang.. Walaupun mungkin aku agak tidak konsisiten dalam penulisan ini, tetapi aku tetap jua memaksa diriku meneruskannya juga. Kerana aku yakin bahawa jika jiwa ini dididik dengan semangat istiqamah dan niat yang baik, nescaya hasillnya amatlah membawa kepada kebaikan.


Insyaallah kali ini aku ingin menceritakan serba sedikit yang berlaku sepanjang 2minggu aku sampai di UK sebaik sahaja pulang dari Malaysia.. Minggu yang pertama, tidak banyak perkara yang dapat aku lakukan kerana aku sendiri sibuk memastikan diri ini dapat menyesuaikan diri kembali dengan suasana UK ini. Alhamdulillah, aku dapat juga meneruskan apa yang aku lakukan di Malaysia di UK ni. Aku dapat solat berjemaah di masjid, terutamanya waktu subuh.. Subuh sekarang teramatlah awal berbanding di Malaysia.. Kalau dulu di Malaysia, aku hanya perlu bangun sekitar pukul 5.30pagi, di UK aku perlu memaksa diri ini untuk bangun seawal 4pagi. Hal ini kerana pukul 3.30pg, subuh sudah pun masuk. Dan solat subuh berjemaah di masjid bermula seawal jam 5.15pagi. Cabaran tersebut kian terasa pada masa kini kerana subuh semakin awal. Sekarang, pukul 5.30pagi pun telah terbitnya matahari yakni telah masuk waktu syuruk. Ya Allah, Engkau bantulah hambamu ini dalam istiqamah sujud kepadaMu ya Allah. Tetapkanlah iman hambaMu ini agar tidak dipesongkan hatinya ini ya Allah. Amin...

Minggu kedua, aku pergi berjaulah ke Cardiff mengikut senior2 Bristol. Katanya, ada daurah kecil-kecilan. Dan aku adalah salah seorang yang wajib datang. Wah, bunyi macam penting....WAJIB tu...Maka, sebelum sampai ke Cardiff, aku telah membayangkan bahawa daurah itu pasti akan sama seperti daurah2 sebelum ini yang pernah aku ikuti..Dan kalau hendak dibandingkan aku dengan rakan-rakanku yang lain, pastilah aku agak sedikit ketinggalan. Semuanya angkara kepulangan aku ke Malaysia sewaktu Spring Camp berjalan di UK. Mendengarkan komen rakan2 mengenai kem tersebut, terasa rugi juga kerana tidak dapat bersama mengikutinya. Insyaallah, di kemudian hari, aku akan cuba menyesuaikan takwim yakni kelendar tahunan aktiviti kem2 tersebut dengan aktiviti yang akan aku lakukan kerana takut2 juga sekiranya berlaku lagi hal seperti itu. Insyaallah, moga2 dipermudahkan oleh Allah..Amin..

Maka, hendak dijadikan cerita, setibanya aku di Cardiff menaiki Mercedes Benz A Class (Elegance) bersama-sama senior Bristol, kami disambut baik oleh Abang Azim dan Along. Rupa-rupanya, kedatangan kami telah lama dinantikan oleh sister2 Cardiff dan juga Ustaz Mazrol. Ini kerana, hanya kami yang hadir untuk mewakili pihak brothers. Agak sedikit sambutan daripada pihak brothers. Insyaallah, kalau diizinkan oleh Allah swt, aku ingin sekali melihat sesuatu aktiviti daurah atau apa jua program yang dianjurkan mendapat sambutan ramai, terutama orang yang benar2 ingin menghayati akan keindahan Islam itu dan kemanisan berjuang dijalanNya. Amin..

Selesai sahaja solat zohor dan jamak qasar asar, kami dijamukan dengan nasi putih berlaukkan ayam rendang. Terasa seperti masakan Malaysia juga walaupun aku kini berada di UK.. =) "Wah..sedap gila ayam ni...tapi hancur sikit la..masak lama sangat kot." "Antum tau tak siapa yang masak ni? Orang yang selalu pakai benda ni la yang masak," kata Ustaz Mazrol sambil menunjukkan sebuah punching bag sebesar tubuh seorang manusia. Alangkah terkejutnya kami kerana adanya punching bag sebesar itu dalam rumah akhawat. Dan agak menghiburkan hati kerana di fikiranku hanya memikirkan punca ayam itu sedikit hancur. Mungkin kerana akibat kekuatan akhawat itu agak terlebih di dalam masakan itu sampai ayam pun hampir hancur.. =p

Sekitar pukul 3ptg, ceramah pun bermula. Majlis dibuka dengan mukaddimah surah Fatir ayat 19-32..Ustaz Mazrol memperdengarkan bacaanya yang aku kira, agak sedap juga didengar.. =) Selesai bacaan, kami bersama-sama mentadabburkan ayat tersebut. Antara intipati yang agak menusuk kalbuku ini mengenai surah tersebut, adalah berkaitan dengan perbezaan di antara sesuatu yang memang telah jelas berbeza. Yakni, ternyata bezanya antara orang yang buta dan orang yang celik. Berbezanya cahaya dan kegelapan, bezanya teduh dan panas dan juga berbezanya orang yang hidup dengan orang yang mati. Pengertian yang cuba difahami dalam ayat ini, adalah mengenai makna tersirat di sebalik kalimah-kalimah yang cuba diungkapkan. Kalau hendak dihuraikan semuanya, maka sampai esok pagi pun aku masih perlu menaip. Maka cukuplah sekadar itu aku menerangkannya. Yang penting, aku faham.. =)

Perkara yang paling penting yang cuba disampaikan dalam daurah kali ini, bukanlah mengenai perbezaan2 tersebut. Tetapi yang cuba ditekankan atau perkara pokok yang ingin disampaikan oleh Ustaz Mazrol kali ini adalah berkaitan kepentingan berdakwah. Maksudnya, aku telah dibawa ke satu tahap yang sedikit tinggi, yakni tahap untuk mula berdakwah. Seolah-olah aku telah mendapat watikah perlantikan oleh Ustaz Mazrol untuk memulakan aktiviti dakwah ini secara serius. Apa yang aku cuba sampaikan disini bukanlah bermakna bahawa sebelum ini aku tidak berdakwah. Tetapi masih lagi di peringkat permulaan. Insyaallah selepas ini akan menjadi lebih serius... =)

Owh, aktiviti hampir bermula..Nanti aku sambung lagi pernceritaan penerimaan watikah di Cardiff ini.. =) Harap2 dapat disambungkan kemudian lagi nanti..Insyaallah..Salam..

Saturday, April 18, 2009

10 APRIL 2009

Jumaat 10/04/09 9.15pm

Alhamdulillah, sekali lagi aku diberikan peluang oleh Allah swt kesempatan untuk menulis. Tapi suasana kali ini sedikit berbeza kerana aku telah hampir 2 minggu meluangkan masa di kampung halamanku, di Kuala Kangsar, Perak, MALAYSIA. Aku pulang ke tanah air tepat pada 26 Mac 2009. Dan kini, baru aku sempat meluangkan sedikit masa untuk berkarya..

Telah banyak perubahan yang aku sedari sepanjang di Malaysia ini. Yakni sedikit berlainan dari ketika aku tinggalkannya dahulu. Banyak juga peristiwa-peristiwa yang sempat aku rasai sepanjang tempoh aku bercuti di Malaysia ini. Antaranya, perlantikan Perlantikan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Dato Seri Dr Najib b Tun Razak, 3 pilihan raya yang di tunggu-tunggu, PC Fair 2009 dan macam-macam lagi. Kiranya, agak beruntung juga kepulanganku kali ini..

Tidak banyak yang dapat aku kongsi kali ini. Tetapi sekadar ingin berkongsi aktiviti-aktiviti yang aku jalankan sepanjang di Malaysia ini. Pertamanya, berkaitan dengan kenduri kahwin kakak sulungku. Sebenarnya, itulah tujuanku pulang ke Malaysia kali ini, untuk menghadiri kenduri tersebut. Tibanya aku di rumah saudara untuk tumpang bermalam, aku sempat membuat kejutan kepada kedua ibubapaku. Bayangkanlah, aku balik kali ini, hanya kakakku yang sulung sahaja yang tahu. Abah dan mama langsung tidak ketahui mengenai kepulanganku ini. Dan tambah mengejutkan mereka, sebelum aku menaiki kapal terbang, aku sempat menelefon mereka mengatakan bahawa aku tidak dapat mengadiri majlis tersebut. Haha.. Maka apabila mereka melihat kelibatku, maka terkejut besar la.. Maafkan orang ye mama dan abah.. =) Keesokan harinya, majlis kenduri tersebut berjalan lancar seperti yang dirancang.. Alhamdulillah…Aku pulang bersama keluargaku ke rumah kami di Kuala Kangsar selepas tamatnya majlis tersebut.

Minggu pertama di rumah agak memenatkan. Ini kerana kepenatan menaiki pesawat KLM Royal Dutch yang berlepas dari Bristol ke KLIA mengambil masa 17jam, satu tempoh yang agak lama dan penatnya, masih lagi terasa hingga kini. Huhu.. Hari pertama di rumahku, agak baik. Aku dapat mengajak adikku menunaikan solat subuh berjemaah di masjid. Pagi itu, aku bangun awal, pukul 5pagi. Sudah menjadi kebiasaanku di UK untuk bangun awal kerana waktu subuhnya agak awal ketika itu. Sekitar pukul 4-5pagi. Dan alhamdulillah, aku dapat beristiqamah dalam menunaikan ibadah berjemaah bersama adikku. Benarlah kata orang, bila di UK kita sudah terbiasa melakukan sesuatu, tidak mustahil kita akan terikut-ikut untuk melakukannya di tempat lain.. =)

Oh ya. Minggu pertama juga aku sempat meninjau tempat-tempat yang menarik di Cameron Highland. Aku telah lama merancang untuk membawa seluruh ahli keluargaku untuk bercuti di situ. Insyaallah, kalau diizinkan oleh Allah swt, aku bercadang untuk membawa mereka pada 13-14jun 2009. Kakakku yang sulung mencadangkan agar kami menginap di rumah tumpangan TNB kerana along adalah pekerja TNB, maka dibenarkan untuk menggunakan kemudahan tersebut. Namun, penginapan tersebut tidak diputuskan lagi. Sempat juga aku melawat sekitar Cameron. Aku ke Strawberry Farm, Rose Garden, pasar malam, ladang lebah, Cactus Valley, Smoke House, dan sebagainya. Aku ke sana menaiki motor. Maka, agak senang untuk aku meninjau tempat-tempat tersebut. Tetapi yang paling ketara, Cameron Highland kini, tidak lagi sesejuk dulu. Mungkin suhunya sekitar 23degree. Tapi agak sejuk ketika malam hari dan awal pagi. Insyaallah, kalau tiada aral melintang, rancanganku ini dapat berjalan dengan lancar. =)

Minggu kedua, aku ke Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin, Selangor. Melawat adik-adikku di sana. Pada mulanya, aku agak segan untuk ke sana. Ini kerana, aku ni, tidaklah rapat dengan mana-mana junior atau cikgu di sana, Maksudku, aku hanyalah rakan biasa kepada mereka semua. Tambah menyedihkan, aku tiada nombor juniorku langsung..huhu.. Tapi, tibanya aku di sana, persepsiku berubah. Kedatanganku disambut dengan mesra oleh staff-staff yang mengenaliku dahulu. Seingat aku, aku slalu bertegur sapa dengan mereka. Pekerja dewan selera, cafĂ©, staff admin, pak guard, abang-abang dan makcik-makcik RC, hampir kesemuanya mengenaliku dan menegurku. Terasa diri ini seperti seorang artis. =p Tempat pertama yang aku tuju, adalah surau as-saad. Wah, surau dah ada audio system yang baru. Agak sedap juga bunyinya kalau dibandingkan dahulu. Kemudian, setelah beristirehat sebentar, aku melangkahkan kaki ke bilik guru. Kini guru-guru KY diasingkan mengikut department masing-masing. Aku sempat berbual mesra dengan Ustaz Malikie. Kemudian aku menegur Puan Sheila dan Puan Ju yang sedang berehat selepas selesai menanda kertas jawapan exam trial Further Maths. “Sehari je dah siap. Senang sangat nak tanda paper further ni. Pangkah je…”kata Puan Ju dan Puan Sheila. Hmm, agak kecewa aku mendengarnya. Kasihan kepada junior-juniorku mengenangkan nasib exam further maths mereka. Dalam pada itu, Puan Ju sempat memerliku. “Saya ingat sangat kat awak pai. Selalu ponteng kelas saya”. Pedasnya, terasa sampai sekarang. Huhu.

Kemudian, aku berjumpa dengan Miss Aizan. Banyak yang sempat kami bualkan. Maklumlah, Miss Aizan dahulu pernah juga belajar di UK. Maka, banyaklah nasihat dan peringatan yang aku dapat. Terima kasih Miss Aizan. =)

nampaknya, berakhir di sini sahaja nukilanku kali ini.. Insyaallah berjumpa lagi di lain hari..Salam...

Tuesday, March 24, 2009

Adab tuan rumah terhadap tetamu(berkaitan makanan)!!!

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah swt kerana diberikan lagi kelapangan untuk meneruskan apa yang telah terhenti sejak sekian lamanya. Insyaallah, hari ini saya ingin bersama-sama untuk berkongsikan sedikit sebanyak mengenai adab-adab nelayan tetamu. Hal ini kerana, sepangjang minggu ini saya telah menerima beberapa kunjungan rakan-rakan dari London, Warwick dan Bristol. Alhamdulillah, saya dapat melaksanakan tugas sebagai tuan rumah dengan jayanya dengan melihatkan reaksi rakan-rakan yang gembira dapat berkunjung ke Bath dan bertemu saya. =)

Antara perkara yang paling penting dalam melayan tetamu adalah dari segi makanan. Hal ini kerana menjamu makanan kepada tetamu adalah lebih baik dan mempunyai banyak kelebihan. Diriwayatkan bahawa Saidina Ali r.a pernah berkata, " Jika aku dapat mengumpulkan rakan-rakanku dengan satu sha' makanan(tidak diketahui maksud sebenar sha', mungkin satu bahagian), lebih utama bagiku daripada memerdekakan seorang hamba sahaya." Berkata Ibnul Umar r.a," Antara tanda kemuliaan seseorang ialah makanannya ketika dalam pelayaran dan tidak lokek memberikannya kepada rakan-rakannya." Tambahan pula, dalam kisah sejarah sirah nabi dahulu kala, para sahabat yang sering berkumpul untuk majlis bacaan Al-quran tidak akan berpisah melainkan sesudah menjamah sedikit jamuan, walaupun ringan. Wahai rakan-rakan sekalian, maka ketahuilah bahawa pentingnya melayan tetamu yang datang ke rumah/bilik kita dengan sebaik-baiknya. =)

Namun kepada tetamu sekalian, ketahuilah bahawa anda semua juga mempunyai adab-adab yang sebaiknya diikuti.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam rumah nabi, kecuali jika kamu telah diizinkan untuk makan,tanpa menunggu masaknya makanan, tetapi apabila kamu diundang, hendaklah kamu masuk, dan apabila selesai makan, hendaklah kamu keluar tanpa beramah-tamah dengan percakapan(bual kosong)."
~Al-ahzab(33):53~

Sedikit keterangan mengenai ayat ini, pada zaman dahulu, para sahabat selalu datang ke rumah nabi tanpa diundang untuk bercakap-cakap, kadang-kadang sehingga waktu makan, lalu mereka makan bersama-sama dengan Nabi s.a.w. Sebenarnya, yang demikian itu tidak disenangi oleh nabi, lalu maka turunlah ayat ini.

Apa yang boleh kita rumuskan dari ayat ini, janganlah kita sebagai tetamu datang ke rumah rakan-rakan untuk berbual kosong, sehinggalah menunggu hingga masaknya makanan. Perkara seperti ini seringkali berlaku di Malaysia pada pendapat saya. Rakan-rakan bertandang ke rumah tanpa diundang ketika tibanya waktu makan tengahari, makan malam dan sebagainya. Maka tuan rumah yang tidak menjangkakan kedatangan rakannya, terpaksa masak makanan tambahan kerana khuatir tidak mencukupi. =)

Kepada tuan rumah pula, janganlah memaksa diri untuk menyediakan makanan yang terlalu sukar sehinggakan memudaratkan diri. Contohnya, sekiranya bahan mentah yang ada hanyalah telur, tidak perlulah tuan rumah memaksa diri untuk membeli ikan, ayam atau udang semata-mata untuk menjamu tetamu. Namun sekiranya perkara tersebut tidak memudaratkan, maka adalah digalakkan. Setengah orang berkata: Kami pergi kerumah Jabir r.a lalu dihidangkan kami roti dan cuka (acaran). Berkata Jabir: Kalaulah tidak karena aku dilarang dari memberatkan diri dalam jamuan, tentulah aku akan hidangkan bermacam-macam makanan kepada kamu. =)

Dirasakan bahawa telah terlalu panjang post kali ini. Lagipun saya minggu ini amat sibuk dengan persiapan percutian sempena cuti Easter ini. Diharapkan segala perancangan yang telah dirancang dapat berjalan dengan sempurna. Insyaallah. Maka, sekian dulu buat kali ini. Insyaallah ketemu lagi di lain hari. Salam.

Sunday, March 1, 2009

Percubaan pertama....


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a., beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
" Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Al-Hadis: Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih.
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya, dapatlah saya diberikan kekuatan untuk cuba mula menceburi bidang penulisan. Seperti yang semua maklum, saya ini bukanlah insan yang sememangnya konsisten dalam apa yang saya buat. Tapi insyaallah, dengan izinNya, saya akan cuba untuk meneruskan dengan istiqamahnya apa yang akan saya mulakan ini. Insyaallah..
Saya mulakan post saya yang pertama ini dengan hadis pertama daripada kumpulan 40hadis yang sememangnya diketahui umum. Setiap amalan itu bergantung kepada niatnya. Ulama ada berkata:
"Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat, dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya."
Maka, saya niatkan agar penulisan ini adalah kerana Allah, untuk saya memperjuang menegakkan agama Islam. Insyaallah. Disamping itu, saya juga berharap agar penulisan ini dapat memberi peringatan kepada yang terlupa serta dapat juga mengingatkan diri saya sendiri agar tidak alpa dengan kelalaian dunia. Insyaallah.
Akhir kata, saya berdoa agar usaha saya ini dapat diberikan kekuatan oleh Allah swt untuk berterusan dan bukanlah hanya untuk 'hangat-hangat tahi ayam' sahaja. Insyaallah. Sekian dahulu daripada penduduk Bath yang keseorangan pada zahirnya. Wallahu'alam...