Friday, January 29, 2010

UJIAN

salam wbt...

alhamdulillah, aku bersyukur kepada Tuhan Pencipta sekalian alam ini. banyak yang telah dianugerahkanNya kepada aku selaku hambaNya yang hina ini. pelbagai nikmat dan rezeki yang telah dikurniakan, tetapi hambaMu ini seringkali melupakanMu dan jarang sekali bersyukur. ampunilah dosa hambaMu ini ya Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

setelah sekian lama aku menggerakkan jari untuk menulis di dalam blog ini, akhirnya, aku diberikan peluang untuk menulis sekali lagi. dirasakan telah ham,pir sebulan lebih blog ini ditinggalkan dan diabaikan,. kemana agaknya pergi semangat dan tekad yang aku katakan saat aku mula menulis????..ya Allah, bantulah hambaMu ini..

baiklah, mengenai post kali ini, aku tidak bermaksud untuk menulis panjang2. sebabnya, saat aku menulis ini, aku bukanlah didalam bilikku sendiri. tetapi aku berada di prayer room di university. (>.<) exam telah tamat dan universiti akan cuti selama seminggu sehingga 8februari 2010. dan bagi aku, cuti untukku telah pun bermula rabu yang lalu kerna aku tamat menjawab paper terakhir pada 27hb. saat aku menulis ini, universiti lengang. tiada orang. tidak sama dengan keadaan semalam dan hari-hari sebelumnya. kalau dulu perpustakaan penuh dengan orang mengulangkaji pelajaran, kini yang ada disana hanyalah pengawal-pengawal sekuriti yang berkawal di dalamnya. tiada lagi kelibat orang membaca dan mengulangkaji pelajaran... Astaghfirullah...itulah kita...ketika diuji dengan exam, pastinya sanggup meninggalkan tilam katil yang empuk, sanggup melupakan makan dan minum, sanggup tidur di perpustakaan...tetapi bila diri telah habis diuji, kembali lalai...kembali kepada kehidupan biasa...lupa kepada pelajaran, lupa kepada tanggungjawabnya, dan lupa kepada amanha yang diberikan padanya... tanpa kita sedari, kita selaku seorang muslim, kita sebenarnya, setiap hari diuji. walaupun ianya bukanlah ujian bertulis seperti yang kita jawab itu, bahkan ianya lebih hebat daripada itu. ujian kehidupan kita sendiri. dimana kita diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang sebenar dan bukan hanya pada sekeping kertas!!! kita diuji dengan harta, kesenangan dunia, kelapangan masa, wanita, dan kesihatan...bahkan jika kamu mengetahui, sesungguhnya, ujian2 ini adalah lebih besar maknanya daripada ujian yang kita panggil sebagai 'exam'. ujian yang kita diuji sepanjang masa kita berada di dunia, dan keputusannya hanyalah di akhirat kelak. balasannya, samada kenikmatan syurga, ataupun azab neraka... tanyakan pada diri kita sendiri..jika kita sentiasa mengambil serius akan sesuatu 'exam' itu, kenapa dalam hal ujian-ujian daripada pencipta kita sendiri ini kita pandang remeh??? tidakkah kita percaya bahawa mati itu benar? balasan daripada allah itu benar? dan syurga dan neraka itu benar? wahai rakan-rakanku, aku ingin sekali mengingatkan diri ini dan kalian semua, agar sentiasa mengambil serius akan perkara ini. fikirkanlah, jika kita gagal dalam 'exam' di dunia ini, kita masih lagi mampu reseat. tetapi jika kita gagal dalam ujian daripada pencipta kita sendiri, sesungguhnya, peluang itu hanyalah sekali....renung2kanlah.. sekian sahaja dari aku untuk kali ini..inshaallah bertemu lagi....kuatkan iman, tingkatkan amal.. (^_^) salam dari Bath