Tuesday, August 10, 2010

Ahlan wasahlan ya ramadhan!!!

Salam wbt..
Apa khabar anakku? Tahukah engkau bahawa pada keesokan harinya kita, sebagai seorang muslim akan mula menunaikan salah satu daripada ibadat utama kita, yakni puasa. Ya anakku, Ramadhan Al-mubarak telah datang memberikan kita sekali lagi peluang untuk beribadat mengharapkan keampunan daripada Allah swt. Sesungguhnya keampunan dari Allah swt adalah satu kejayaan yang paling agung. Maka, bersediakah engkau wahai anakku??

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
"Wahai orang-oramg beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
[Al-baqarah, 2:183]

Anakku, turunnya ayat tersebut untuk mewajibkan iabadat puasa kepada kita sebagai seorang muslim. Maka jika ada di antara rakanmu yang bertanyakan mengapa kamu berpuasa di bulan ramadhan ini, ceritakan kepada mereka perihal ayat ini. Ceritakan bagaimana puasa itu dapat membentuk ketaqwaan dalam dirimu. Ayah pasti kamu sedia maklum akan tujuan mengapa kita berpuasa. Benar anakku, seperti apa yang disebut dalam ayat itu, puasa itu sepatutnya dapat membentuk ketaqwaan dalam diri ini. Maka pastikan puasamu sepanjang bulan ramadhan ini mencapai objektifnya. InshaAllah marilah kita sama-sama usahakannya..

أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
"(iaitu) beberapa hari tertentu. Maka barangsiapa di antara kamu sakit atau dalam perjalanan (lalu tidak berpuasa), maka (wajib mengganti) sebanyak hari (yang dia tidak berpuasa itu) pada hari-hari yang lain. Dan bagi orang yang berat menjalankannya, wajib membayar fidyah. iaitu memberi makan orang miskin. Tetapi barangsiapa dengan kerelaan hati mengerjakan kebaikan, maka itu lebih baik baginya, dan puasamu itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."
[Al-baqarah, 2:184]

Anakku, diceritakn juga dalam ayat seterusnya berkenaan orang-orang yang dibolehkan atau diberikan kelonggaran semasa bulan puasa ini. Orang yang SAKIT dan juga MUSAFIR diberikan kelonggaran dalam berpuasa di bulan ramadhan. Cuba engkau fikirkan mengapa Allah menyebut berkaitan orang yang sakit dan musafir ini? Bayangkan jika dirimu dalam keadaan sakit terlantar di hospital. Allah berikan engkau kelonggaran agar engkau mudah dan cepat sembuh dari sakitmu itu. Dan untuk orang yang bermusafir, bayangkanlah mereka terpaksa menempuh perjalanan yang panjang, ditambah pula dengan cuaca yang panas dan kering, pasti mereka haus dan pasti ada yang tidak mampu untuk meneruskan puasanya terutamanya golongan yang sudahpun berumur. Tetapi dalam penghujung ayat itu, dikatakan bahawa puasamu itu lebih baik sekiranya kamu mengetahui. Maka, sekiranya kamu mengetahui akan kelebihan berpuasa ketika itu, maka kamu akan terus juga dengan puasamu itu walaupun engkau dalam keadaan sakit ataupun bermusafir.

Dalam ayat itu juga diterangkan bahawa orang yang meninggalkan puasa di bulan ramadhan atas alasan-alasan tadi, maka diwajibkan ke atasnya untuk menggantikan kembalinya puasanya sebanyak jumlah hari yang ditinggalkannya. Bagi yang tidak mampu, seperti sakitnya yang masih tidak sembuh-sembuh atau orang tua yang sudah uzur, maka Allah memberikan alternatif lain yakni membayar fidyah. Fidyah itu adalah memberi makan kepada orang miskin. Engkau boleh rujuk berkenaan fidyah di laman ini. (klik)

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
"Bulan ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah. Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa), maka (wajib menggantikannya), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah mengkehendaki kemudahan bagimu, dan tidak mengkehendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur."
[Al-baqarah, 2:185]

Anakku, ayat tersebut menceritakan sedikit sebanyak kelebihan bulan ramadhan ini. Bulan di mana al-quran diturunkan, dan juga bulan di mana seluruh umat Islam diwajibkan berpuasa di siang hari. Diceritakn juga berkenaan tujuan al-quran diturunkan kepada manusia, yakni sebagai petunjuk kepada manusia. Bahkan al-quran juga mempunyai penjelasan-penjelasan kepada petunjuk tadi serta merupakan pembeda antara yang haq dan batil.

Dalam ayat ini juga diperingatkan sekali lagi oleh Allah swt bahawa kelonggaran dalam ibadat puasa diberikan kepada orang yang sakit dan musafir. Namun, mereka masih tetap perlu menggantikan puasa yang mereka tinggalkan dan mencukupkan bilangan hari berpuasa dalam bulan ramadhan. Ternyata Allah swt itu Maha Pemurah kerana berkehendakkan kesenangan kepada hambaNya dalam beribadah kepadaNya. Maka kita sebagai hamba yang serba lemah ini perlu selalu bersyukur atas segala rahmat dan kurnia yang diberikanNya.

Wah, panjang pulak entri kali ini. Ayah sudah kepenatan wahai anakku. Maafkan ayah atas kelemahan ini. Baru sebentar tadi ayah berjaya menunaikan solat sunat terawikh 20 rakaat selama hampir 2jam. Alhamdulillah, bersyukur pada Allah swt. Mohon doakan agar ayah sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan mencari keredhaan Allah di bulan yang mulia ini. Marilah kita sama-sama berlumba untuk mencari pahala yang berlipat ganda di bulan yang penuh barakah ini. Ayuh!!!

Salam sayang dari ayahmu,
-bapamu @birm 0101 11/08/10-

Tuesday, August 3, 2010

3/08/2010

salam wbt..
Apa khabar wahai anakku yang disayangi? Moga engkau dalam lindungan rahmatNya.

Anakku, tidak banyak yang ingin aku kongsikan bersamamu untuk kali ini. Mungkin kerana hati terlalu malas untuk menceritakan segala perasaannya. Atau mungkin juga tiada peristiwa yang bermakna untuk ayah hari ini. Namun ayah sedar bahawasanya ayah perlu menunaikan tanggungjawab untuk selalu memperingatkan engkau wahai anakku.

Buat kesekian kalinya, ayah hari ini terfikir kembali akan kenangang sewaktu cuti musim panas di Malaysia tahun lepas. Kenangan yang ayah kecapi ketika itu terlalu indah dan manis untuk dilupakan. Teringat ayah ketika itu bagaimana ayah seringkali membantu nenekmu dalam urusan sehariannya. Ayah ketika itu selalu menghantar nenek dan datukmu ke pejabat mereka. Sudah menjadi kebiasaan untuk ayh menghantar dan mengambil mereka ke pejabat setiap kali ayah cuti di rumah. Namun ayah tidak pernah merungut akan pekerjaan itu. Bahkan, pekerjaan itulah yang membuatkan ayah sentiasa gembira, membuatkan ayah senang hati meringankan beban datuk dan nenekmu itu. Subhanallah, rindunya ayah akan saat itu....

Ketika bulan Ramadhan, ayah masih ingat lagi ketika itu ayah selalu berlumba-lumba dengan bapa saudaramu, adik lelaki ayah. Kami sering ke masjid untuk solat berjemaah sepanjang bulan Ramadhan. Ada suatu ketika, untuk solat terawikh, kami terpaksa berjalan kaki ke masjid kerana tiada kenderaan ketika itu. Motor dipakai oleh datuk dan ibu saudaramu untuk mereka ke masjid bertarawikh bersama-sama. Sungguh indah kenangan itu. Rindunya ayah akan mereka semua...

Anakku, jika diberikan rezeki oleh Allah swt, mahu sahaja ayah pulang menyambut Ramadhan bersama-sama datuk dan nenek. Mahu sahaja ayah pulang ke Malaysia walau hanya untuk seketika. Tapi apakan daya, keadaan tidak mengizinkan. Masih banyak tanggungjawab yang perlu ayah selesaikan di sini. Masih banyak pengalaman yang perlu ayah timba di sini. Masih banyak yang perlu ayah perbaiki akan diri ini sebelum pulang ke Malaysia. Sungguh, hanya Allah jua yang mengetahui akan keinginan yang mendalam untuk hati ini bersama-sama mama dan abah. Sungguh, Allah jua yang berkuasa atas segala-galanya. InshaAllah segala yang berlaku pasti akan ada hikmahnya. Amin...

Anakku, setelah engkau meningkat dewasa nanti, ajarkanlah juga kepada anak-anakmu apa yang ayah ajarkan kepadamu ini. Sayangilah kepada kedua ibubapamu selagi mereka masih hidup. Belailah mereka dengan kasih sayang sama seperti ketika mereka membelai engkau ketika engkau masih kecil lagi. Hormatilah mereka dan taatilah mereka seadanya. Mudah-mudahan hidupmu akan diberkati Allah swt. InshaAllah...

sekian dahulu untuk kali ini wahai anakku. Jagalah dirimu baik-baik. Jangan tinggal amalan sunat harianmu itu. Teruskan istiqamah dalam segala ibadatmu. Kejarkan kehidupan akhirat, nescaya kehidupan di dunia juga akan engkau perolehi dengan seadanya. Amin...

salam sayang dari ayah,
-bapamu @birm 2350-