Monday, December 14, 2009

BarakAllahu Lakuma by Maher Zain

salam wbt..
hari ni aku xtau kenapa aku tetiba mcam rase best je bile dgr lagu ni...lagu yg kalau diperhatikan liriknya, agak bersesuaian dengan suasana sekarang...ramai antara ikhwah2 dan akhwat2 kita yang akan melangsungkan perkahwinan di Malaysia dalam masa beberapa hari je lg..

ana baru je sebntar td dapat mesej dr akhi azim azizi notts yg akn pulang ke mlysia untuk persediaan kenduri dan akad nikahnye..waa....bestnye...selain akhi azim, ade gk akhi rais bristol, akhi hartono notts jugak, ukhti aliyyah bristol, kak sue cardiff, dan rmai lagi la...byk jugak invitation yg aku dapat..tp afwan byk2 sbb xdpt nk memnuhi jemputan antum semua..ape yg aku boleh beri hanyalah doa yg tulus dari hati ini semoga perkahwinan antum semua berkekalan dan menambahkan lagi keimanan dan gerak kerja antum semua dalam kerja dakwah ini..

ni aku ade sertakan lirik lagu ni...same2 kite hayati lagunye.. (^_^)

BarakAllahu Lakuma-Maher Zain

We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
From now you'll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير


jzkk...
salam dari Bath

Monday, November 30, 2009

KEMBARA RAYA DI PLYMOUTH... (^_^)

Salam wbt.

Destinasi: St Mark and St John, Plymouth
Tarikh: 28-29November 2009
Objektif: Kembara raya eidul adha
Kos:
(a)train-£30.35(seorang)
(b)taxi(pergi)-£10.50
(c)taxi(balik)-£7.50

Keuntungan:
(a)pengalaman di tempat baru-£'tidak ternilai'
(b)ukhuwwah bersama warga Plymouth-£'tidak ternilai'
(c)suasana raya bersama warga Malaysia di Plymouth-£'tidak ternilai'
(d)ilmu yang dikongsi sepanjang kembara-£'tidak ternilai'
(e)makanan Malaysia yang sekian lama dirindui-£'tidak ternilai'

Penghargaan:
Terima kasih tidak terhingga kepada semua atas kembara yang amat bermakna ini. Mudah-mudahan, Allah jua yang dapat membalas jasa baik kalian semua. Moga kita ketemu lagi. InshaAllah.
(a)Ariff, Basir dan Dr. Azli-tuan rumah
(b)Ustaz Mazrul-speaker kuliah raya
(c)Nizam, Haziq, Aiman, Ayunni, Saufi, Fadhli-kenalan baru di Plymouth
(d)semua warga Plymouth


alhamdulillah, selamat sampai ke Plymouth..


teman kembara turut tidak melepaskan peluang bergambar..


taman di Kota Plymouth


Christmas market di Kota Plymouth


kebolehan menjadi 'tour guide'??


gembira dapat menaiki 'ferris wheel' di Kota Plymouth


lagi kegembiraan terserlah


Keindahan bandar Plymouth


berehat kepenatan di tempat persinggahan bermalam


gaya bersahaja, tetapi penuh berilmu


Al-quran dan hadis menjadi panduan


"Dijemput semua menjamu selera dengan juadah yang disediakan."


bersyukur kepada Allah atas rezeki yang dikurniakanNya


memanfaatkan masa sewaktu menunggu giliran


si cilik ini juga ingin mendengar


juadah untuk tetamu khas


Ayunni, bersama alat pengasah bakatnya


Jazakumullahu khairan katheera kepada semua.
Salam dari Bath

Wednesday, November 18, 2009

MAMA DAN ABAH...

salam wbt...

hari ini, aku tidak mengerti. mengapa dengan tiba-tiba, hatiku asyik teringat kepada kedua orang tuaku di Malaysia. rasa rindu semakin terasa. seolah-olah, aku semakin jauh dengan mereka. ya Allah, jika Engkau memberikan peluang kepada hambaMu ini untuk berjumpa kedua ibubapaku, nescaya akan aku peluk mereka seerat-eratnya. tanda kasih sayang aku kepada mereka. tanda kerinduan seorang anak di perantauan kepada kedua orang tuanya.

ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. janganlah Engkau ambil ibubapaku sebelum sempat untuk aku menabur bakti membalas jasa mereka membesarkan aku ya Allah. hambaMu ini masih lagi belum bersedia untuk kehilangan insan yang paling aku sayangi ya Allah.......aku memohon kepadaMu ya Allah..Engkau panjangkanlah umur kedua ibubapaku ya Allah.....berikanlah aku peluang untuk membalas jasa mereka ya Allah....tolonglah ya Rahman, ya Rahim...

Abidi Hussain kini semakin berumur. rambut yang dahulunya hitam, kini keputihan uban sudah menutupi kepalanya. kedut di mukanya, jelas menggambarkan usianya. 54 tahun, itulah umur ayahku kini. senyumannya, menampakkan gigi-gigi putih yang jarang. namun, masih mampu membuatkan orang disekelilingnya berasa gembira. periang. hanya satu perkataan yang dapat menggambarkan personaliti ayahku. walaupun seringkali ditimpa masalah, senyumannya tetap masih mampu dilakar. pengalamannya, sejangkau dengan usianya. abah, aku sayang padamu. terima kasih kerana membesarkan aku abah. mengajarkan aku segala-galanya. mendidik aku, sehingga menjadi insan seperti ketika ini...terima kasih....masih segar di ingatanku. tatkala engkau mengusap kepalaku, mengucapkan tahniah kepadaku atas kejayaan mendapat 5A untuk UPSR..."macam ni lah anak abah." masih lagi terngiang-ngiang di telingaku akan ungkapan itu. abah, terima kasih atas dorongan dan galakan yang engkau berikan. hanya Allah jua yang mampu membalas jasamu itu. InshaAllah, aku akan menjadi seorang ayah yang sama baik sepertimu, dan akan berusaha untuk menjadi lebih baik lagi. abah, engkaulah ayah yang terbaik!!!

Noor Azian Zaini, juga berumur 54tahun. tubuhnya, terlalu kerdil. jika dilihat dari jauh, seakan-akan pelajar yang baru berusia belasan tahun. itulah ibuku. insan yang lebih mesra aku panggil sebagai 'mama'. tempat untuk mengadu domba, tempat untuk bermanja-manja, dan tempat untuk segala-galanya. itulah mama. "Assalamualaikum, mama ada?" soalan yang pertama sekali aku akan tany jika aku telefon ke rumah. semenjak dari Tingkatan 1 lagi aku telah tinggal berjauhan dari keluarga, yakni memasuki sekolah berasrama penuh. maka, telefon sahajalah yang menjadi medium komunikasi antara aku dan keluargaku. dan mama adalah orang pertama yang aku akan tanyakan. mendengar suaranya sahaja sudah cukup untuk menceriakan hariku. melihatkan senyuman, sudah cukup untuk menyempurnakan hidupku. setiap perkara yang dilarangnya, pasti ada hikmah. setiap tegurannya, ada benarnya. walaupun mama sentiasa sibuk dengan urusan pejabat, namun mama masih lagi mampu untuk meluangkan masa untuk anak-anaknya. tabah. perkataan yang menggambarkan mama. seorang ibu yang cukup tabah untuk menjaga 9 orang anak dan seorang suami. di samping itu pula dengan urusan pejabat yang banyak, masih lagi mampu membahagikan masa untuk menggembirakan kami dan abah. mama, terima kasih....terima kasih atas didikanmu. terima kasih atas nasihatmu. dan terima kasih untuk segala-galanya. hanya Allah jua yang mampu membalas jasamu itu. inshaAllah, akan aku carikan seorang wanita yang mampu menjadi sehebatmu untuk mendidik anak-anakku sepertimana engkau mendidik kami semua, mama. mama, aku sayang padamu. aku bersyukur padaMu ya Allah kerana mengurniakan aku seorang ibu sepeti mama. Engkau ampunlah dosa mama dan abah ya Tuhan yang Maha Mengasihi..

"Keredhaan Allah terletaka pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah juga terletak pada kemurkaan ibubapa"
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya – hadis no: 1899 (Kitab al-Birr wa al-Shalah, Bab berkenaan keutamaan pada keredhaan ibubapa) dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – hadis no: 515.

Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu ‘anh ber
kata:

Sesungguhnya seorang lelaki dari Yaman telah berhijrah kepada Rasulullah s.a.w (untuk berjihad) lalu baginda bertanya: “Adakah kamu mempunyai seseorang di Yaman?” Dia menjawab: “Ibubapa aku.” Rasulullah bertanya: “Adakah mereka memberi izin kepada engkau?” Dia menjawab: “Tidak.” Rasulullah bersabda: “Kembalilah kepada mereka berdua dan mintalah izin dari mereka berdua.

Jika mereka mengizinkan engkau maka berjihadlah akan tetapi (jika tidak) maka berbuat baiklah kepada mereka berdua.”


salam dari bath...

Wednesday, November 11, 2009

PENYAKIT UMAT AKHIR ZAMAN...

salam wbt.

hari ini aku ketawa. aku tersenyum. dan aku menangis. semuanya akibat terbaca satu hadis di internet. hadis yang dulunya seringkali diceritakan kepadaku, yang seringkali diwar-warkan oleh rakan-rakanku, bila mana, begitu kerap sekali aku diperdengarkan kepada hadis itu, sehinggakan aku boleh menghafalnya. tetapi, hari ini, aku terbaca mengenainya. terkesima, terkedu, dan tergamam memikirkannya. SPEECHLESS...

"
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang­-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hari itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati"."
HADIS RIWAYAT ABU DAUD

aku akui, dahulunya ketika diceritakan mengenai hadis ini, tiada perasaan. hati ini penuh dengan amal jahiliyyah sehinggakan tidak terkesan hadis ini kepadaku. tapi kini, aku rasa menyesal. kerana, dahulunya, mengapa aku tidak terkesana akan hadis ini? ya Allah, bantulah hambamu ini. bukakanlah pintu taubat untuk hambamu ini. amin..

wahai rakan-rakan sekalian, sedarkah kita? bukankah kata Rasulullah itu telah menjadi realiti pada masa sekarang ini? tidakkah sekarang kita dikerumuni oleh bangsa-bangsa dunia? apakah tanggapan masyarakat dunia kepada umat Islam wahai sahabatku? bagaimanakah nasib saudara-saudara se-Islam kita di Palestina? Pakistan? Iraq? Bosnia? Kashmir? Pattani? dan di seluruh dunia, dimana kalau aku sebutkan disini, nescaya tidak mampu kamu semua bacanya. air mata yang membasahi pipi ini, masih belum sempat untuk kering, telah syahid seorang muslim di medan perang. ya Allah, tempatkanlah roh-roh orang yang berjuang dijalanMu ke dalam JannahMu ya Allah. amin...

secara zahirnya, penganut Islam adalah majoriti di dunia ini. tapi mengapa Islam ditindas? Dimana Islam yang dahulunya dipandang tinggi oleh masyarakat dunia? Benarlah kata nabi, Allah telah mencabut rasa gerun terhadap Islam dari hati orang-orang kafir untuk memerangi Islam.

"Dan orang-orang yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepadamu sebelum engkau mengikuti agama mereka." [2:120]

dan dalam hadis itu juga, ada diterangkan mengenai penyakit umat akhir zaman, iaitu WAHN. sejenis penyakit yang dicirikan oleh Rasulullah sebagai sikap mencintakan dunia dan takutkan mati. kenapa kita mahu mencintakan dunia yang hanyalah tempat persinggahan? ataupun kita masih lagi enak dibuai mimpi indah oleh bisikan syaitan yang menjadikan dunia ini ibarat syurga? sedarlah rakan-rakanku. bangkitlah dari tidurmu itu. akhirat adalah tujuan kita!!!

"Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?" [6:32]

"eh, mana ada aku cintakan dunia. aku solat full, baca quran ada. puasa ada. mana ada cintakan dunia." begitulah yang seringkali kita dengan insan-insan yang menafikan kebenaran. sahabatku, tanyakan pada diri anda sendiri, dalam sehari, berapa banyak masa yang anda peruntukkan untuk Islam? kemudian, bandingkan dengan jumlah masa anda belajar. ternyata jauh beza bukan? "study itu adalah kewajipan aku. aku dihantar ke UK untuk belajar, bukan buat benda lain!" alasan yang sudah pasti akan diberikan. jika benar itu adalah keawjipan kita, di manakah kewajipan kita untuk menegakkan Islam? bagaimana pula dengan kewajipan kita terhadap saudara-saudara se-Islam kita yang ditindas di luar sana? mengapakah kita boleh duduh beristirehat di atas tilam yang empuk sedangkan saudara kita bersengkang mata mempertahankan iman mereka sehingga bergadai nyawa? rakan-rakan, renungkanlah...

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." [47:7]

Akhir kata, marilah kita bersama-sama memperjuangkan Islam, membantu Ad-Deen ini. agar dengan demikian, Allah juga akan membantu kita. KIKIS penyakit wahn itu dari dalam diri kita. TINGGALKAN segala karat-karat jahiliyyah. BANYAKKAN masa untuk kenali Islam, dan sebarkannya...
sekadar untuk renungan,

JIKA KITA MAMPU MENDENGAR LECTURE UNTUK BEBERAPA MINIT, MENGAPA KITA TIDAK BOLEH MELUANGKAN MASA UNTUK 5 MINIT TAZKIRAH?

JIKA KITA MAMPU MEMBACA BUKU SEHINGGA HABIS, MENGAPA KITA TIDAK BOLEH MENGKHATAMKAN AL-QURAN SELALU?

JIKA KITA MAMPU BERBELANJA UNTUK SERTAI SEMINAR PENDIDIKAN, MENGAPA KITA TIDAK BOLEH MENGINFAKKAN SEDIKIT HARTA UNTUK RAKYAT MISKIN?

segala persoalan ini hanya akan terjawab oleh anda sendiri. anda mampu pilih untuk menjadi penonton atau penggerak. wallahu'alam.

salam dari bath...



Monday, November 2, 2009

...pilihan...

assalamualaikum wbt...

hari ini aku keliru. sedih. dan tmenangis. aku sendiri tidak tahu mengapa dan apa yang terjadi pada diriku hari ini. di dalam bas, air mata ini tidak lagi dapat dikawal, maka bercucuranlah jatuh membasahi pipiku.

"are you alright young man? why you are seems so sad today?" sapa seorang makcik tua yang duduk disebelahku. Tersenyum. hanya itu sahaja jawapan yang dapt aku berikan kepada makcik tersebut. kerana, aku sendiri tidak tahu kenapa aku menangis. banyak persoalan yang bermain dalam fikiran ini. sehinggakan tidak lagi dapt diungkap dengan kata-kata. hanya air mata sahaja yang mampu menceritakan segalanya.

mungkin sebab minggu ini aku tidak berkesempatan menelefon keluargaku di Malaysia. mungkin juga akibat cuaca yang terlampau sejuk sehinggakan mempengaruh emosiku. ataupun mungkin akibat terlalu banyak berfikir.

pilihan!!! aktu bertanya pada diriku, kenapa aku memilih sesuatu perkara tertentu dan tidak memilih perkara lain. mengapa aku memilih untuk belajar di UK ini sedangkan aku juga diberi pilihan untuk belajar di Malaysia? mengapa matematik yang menjadi pilihan dan bukannya jurusan undang-undang? why i'm choosing bath instead of imperial, sheffield, bristol and york? and why i'm writing this post instead of doing something else?

terlalu banyak persoalan sehinggakan tidak mampu terjawab. memang realiti kehidupan dunia, terlalu banyak pilihan yang perlu kita pilih. barangkali pilihan kita itu tepat. tapi, langit tidak selalunya cerah. adakalanya hari yang cerah, tiba-tiba dibasahi hujan di luar jangkaan kita. begitu juga dengan pilihan-pilihan yang telah kita ambil. tidak semestinya pilihan kita tepat. pasti ada cacat celanya kerna kita bukanlah insan yang sempurna. begitu juga aku. tersungkurnya aku akibat kesilapan dalam membuat pilihan. namun kini, hanya satu peganganku, cukuplah Allah dan rasul menjadi pilihan muktamadku.

namun, jalan yang aku pilih ini, banyak halangannya. ibarat memandu di lebuhraya, pasti ada simpang yang boleh meragukan kita sehingga menyesatkan. semakin yakin kita dengan pilihan yang kita ambil, semakin banyak anasir-anasir yang sedikit sebanyak mempengaruhi kita, cukup untuk membuatkan kita berasa sesal atas pilihan yang di ambil.

entahlah. aku sendiri tidak mengerti apa yang aku katakan ini. biarlah aku sendiri yang memahaminya. kerna, aku bukanlah seorang insan yang suka mengadu domba. aku tidak suka orang lain tahu akan masalahku. bagiku, biarlah orang lain nampak aku sebagai seorang yang ceria. biarlah aku yang selesaikan masalahku sendiri. insyaallah, Allah ada disisiku untuk membantuku. amin.

saat penciptaan nabi adam as, allah memerintahkan semua malaikat sujud kepada nabi adam. namun, iblis telah memilih untuk tidak sujud kepada ciptaan allah yang dirasakannya lebih hina daripadanya. kesannya, neraka jahannamlah tempat siksaan bagi iblis. melihatkan kepada kisah ini, sebenarnya kita ini tidak diberikan apa-apa pilihan dalam hidup ini. tapi kita sendirilah yang telah mewujudkan pilihan-pilihan yang lain, yakni memilih untuk tidak mengikut apa yang telah sedia ada.

sebagai contoh, kita sebagai seorang muslim telah diperintahkan oleh Allah swt untuk menyampaikan Islam kepada semua makhluk. tetapi, kita sendirilah yang telah memilih untuk tidak melakukan sedemikian rupa. realiti kini, banyak yang islam hanya pada nama. ramai yang memilih untuk tidak mengamalkan islam itu sepenuhnya. astaghfirullah..aku juga merasakan aku ini sebahagian daripadanya. memilih untuk tidak melakukan apa yang telah diperintahkan kepada aku. aku memohon kepadaMu agar membimbing aku kembali ke jalanMu ya Allah. amin.

"TIDAK AKU CIPTAKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UNTUK BERIBADAH KEPADAKU"
az-zariyat:56


sampai sini sahaja. salam dari bath.

Monday, October 19, 2009

3minggu di UK...

assalamualaikum wbt...

alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah swt atas nikmatNya, yang masih lagi memberikan aku peluang untuk meneruskan kehidupan di dalam keimanan dan petunjukNya.

hm, selesai sudah tempoh 3minggu aku di UK ni...banyak juga perkara yang aku telah lakukan selepas last post hari itu..kalau nak diceritakn, confirm memang x habis la aku menulis..tp saje nk ringkaskan.. =)

hehe..rasanya gambar tu da menunjukkan segalanya.. alhamdulillah, minggu lepas telah selamat sudah aku sign agreement untuk ambil contract phone..£30/month selama 18bulan, duit aku akan melayang..huhu...dan pelan yang diambil, 700free minutes n unlimited texts..insyaallah, akan aku gunakan se'optimum' yang mungkin..tp, xtau la knape hati ini teringin sangat untuk amik samsung jet ni..huhu...harap2 keputusan yng diambil ni, adalah yang terbaik untuk diriku..amin..

hm, last weekend, bwat trip ke london ngn junior2 bath ni..amin n haziq..penat juga la berjalan di Kota London tu..berjalan dari stesen oxford circus ke primark di oxford street..jaoh gile..huhu..ditambah pula dengan banjiran manusia di kota london yang pun bz nk shopping tyme kitorg ade..sblm2 ni, xde plak diorg nk bz2 shopping..huhu..
owh ye...tyme kt primark ari tu, haziq ngn amin ade terjumpe ngn mantan perdana menteri kite..Pak Lah..seronok sakan diorg dpt jmpe ngn Pak Lah...dapat salam ngn tgkp gmbr lg..hehe..tp yg peliknye, Pak Lah shopping kt primark? =p

hm, rasenya, sampai tu je kot update dulu..insyaallah, kalo ade cerita menarik lagi, akan aku post lagi.. jzkk... (^_^)

barangsiapa mengerjakan kebaikan dan dia beriman, maka usahanya tidak akan diingkari(disia-siakan), dan sungguh, Kamilah yang mencatat untuknya.

21:94


Tuesday, October 6, 2009

pAyUng--sejauh mana kita perlukannya??

salam wbt..

alhamdulillah, telah selesai 2hari sesi persekolahan minggu yang pertama untuk tahun kedua. walaupun otak ini masih lagi belum dapat bergerak cerdas, namun apa yang dibincangkan bersama pensyarah tadi masih lagi dapat difahami walaupun bukan sepenuhnya. (>.<)

hm, mungkin tajuk hari in berlainan sedikit daripada biasa. tidak tahu kenapa hati ini mahu membicarakan mengenai payung, sejenis alat yang digunakan untuk melindungi penggunanya daripada ditimpa hujan. maklumlah sekitar dua tiga hari ini Bath sentiasa dilanda hujan. yakni hujan yang bukannya sedikit, lebatnya seperti hujan rintik-rintik di malaysia. senang untuk digambarkan, jika berdiri 5minit dalam hujan itu, baju sejuk tu boleh diperah. haa..macam tu la lebatnye hujan di bath dua tiga hari ini. huhu...

pagi tadi aku terpaksa menunggu bas agak lama. tambah pula ketika itu sedang hujan. dan macam biasa, tidak pernah membawa payung. huhu. maka, basah juga bajuku ini. tapi nasib baik tiupan kencang angin di universiti sedikit sebanyak mempercepatkan proses sejatan air basahan hujan di bajuku itu. =)

payung..apa yang best pasal payung sampai aku nak cerita ni?? dalam perjalanan ke universiti tadi, sempat juga akal ini berfikir sejenak. memikirkan kepentingan payung. " Hm, kalau tiada payung, alamat tiap2 hari basah la baju aku ni. then kalau baju basah, mesti berbau hapak n semua orang xde la nk dtg dekat. huhu." hatiku merungut.

rupanya, peristiwa itu telah menyedarkan aku. memberikan aku gambaran analogi yang sememangnya amat mendalam mengenai pemahaman islam. sebenarnya, akidah islamiyyah adalah ibarat sekaki payung yang besar yang dapat memayungi manusia daripada kejahatan syaitan yang menyesatkan agar sentiasa berada dalam jalan kebenaran. asas akidah islamiyyah adalah tauhid kepada allah swt. dan rasanya semua masih lagi ingat akan tauhid uluhiyyah dan tauhid rububiyyah kan?

banyak ayat di dalam al-quran yang ada menerangkan mengenai rububiyyah allah swt. antaranya, yunus:107, al-baqarah:258-260, luqman: 25, luqman: 23, ar-rum:30, al-a'raf:172-173, dan asy-syams:8-10. berkenaan tauhid uluhiyyah pula, boleh rujuk al-anbiya':25 dan an-nahl:36.

anasir-anasir jahat hasil bisikan syaitan ibarat hujan yang hany menimpa orang tidak berpayungkan akidah islamiyyah ini. kesannya, kotor dan basahlah baju orang yang tidak berpayung itu. dan seperti yang dikhabarkan, baju yang kotor akan berbau dan masyarakat akan menjauhi orang yang tidak berpayung itu. insan yang tidak mempunyai payung, yakni pegangan akidah islamiyyah yang mantap, basahlah dia oleh hujan-hujan kotoran yang akibatnya dibenci oleh masyarakat sendiri.

ada juga kes orang yang sudah ada payung. tetapi payungnya itu dipegang lembut sehinggakan apabila ditiup angin kencang, berterbanganlah payungnya itu. orang yang pegangan akidahnya kurang teguh, amat mudah untuk dibasahkan oleh hujan-hujan jahiliyyah. na'uzubillah...moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan tersebut. amin...

kesimpulannya, akidah tauhid adalah akidah yang sahih. allah sendiri telah bersaksi akan kesahihannya dalam surah ali-imran:18. sesiapa yang berpegang kepada akidah tauhid dan membentuk kehidupannya menurut tuntutan-tuntutanNya, maka akan selamatlah hidupnya, dunia dan akhirat.

hari pun dah malam. tiba masa untuk mempersiapkan diri berehat seketika. sebelum kita memejamkan mata, marilah kita berfikir sejenak. sudahkah kita menyediakan payung akidah untuk kemudian hari?? renung-renungkan. (^_^)

jzkk..

salam wbt..
fairuz bath

Sunday, October 4, 2009

Esok mula kelas!!!

salam wbt..

setelah sekian lama tangan ini berehat dari menaip papan kekunci yang telah lama berhabuk ni, aku gagahkan jua di malam yang hening ini, berteman udara sedingin salju di luar, ditambahkan pula dengan ketidakfungsian pemanas hawa di dalam bilik ini, dengan tanganku berasa sedikit kebas-kebas, aku nekad untuk terus mengarang buat kesekian kalinya...

alhamdulillah, esok 5hb oktober, sesi persekolahan bakal bermula. suatu perjuangan baru yang bakal aku tempuhi, suatu cabaran yang belum tentu dapat aku tangani, dan juga seribu satu kenangan pahit dan manis yang bakal aku alami. aku sendiri tidak mengerti perasaanku kali ini. adakah aku telah bersedia dengan secukupnya? biarlah masa yang menentukannya. insyaallah...

semenjak menetap di rumah baruku ini, di alamat 5 GREGORYS GROVE, BA2 2AG ini, aku sebenarnya mula merindui kenangan manisku ketika berada di KA2.1.2 JOHN WOOD COURT, BA1 1AL setahun yang lalu. walaupun bilik lamaku itu tidaklah semewah yang ada sekarang ini, tetapi tilam yang keras itulah telah banyak berbakti kepadaku. segala tangis duka dan suka, aku kesatkan pada tilam itu. ya allah, sungguh, jika diberi peluang olehMu, akanku pilih kediaman lamaku berbanding rumah yang ada ini. namun, aku redha dengan segala ketentuanMu ya allah. astaghfirullah al-azim....

tahun kedua dalam pengajian MATEMATIK ini kurasakan agak mencabar. mendengarkan segala pengalaman senior-senior yang lalu membuatkan aku takut. mampukah aku mengharungi segala ujianMu kali in ya allah? kuatkah aku untuk terus berjuang berseorangan buat kesekian kalinya ya allah? jika dulu aku mampu lakukan, tetapi kali ini aku tidak yakin hambaMu ini sekuat dahulu ya allah. ya allah yang menguasai segala alam ini, engkau tabahkanlah hati hambamu ini. berikankanlah kekuatan kepadaku agar aku dapat terus berjuang berjihad menuntut ilmu di jalanMu ya allah. amin ya rabbal 'alamin...

mataku ini telah tidak mampu untuk aku celik untuk aku teruskan menulis. berhenti untuk kali ini. moga dipohon kepada allah swt agar dapt dipermudahkan segala urusanku di masa akan datang. amin...

salam wbt...

fairuz bath (~.~)

Monday, August 3, 2009

edisi khas terbitan di malaysia.. ^^

salam...
adeh..terasa sungguh malas untuk menulis ketika berada di Malaysia..dalam sedar atau x, telah genap 2bulan aku berada di malaysia..bermacam-macam benda yang aku telah lakukan...sehinggakan kulitku da menjadi gelap kembali..huhu... :'(

jadi untuk edisi kali ni, cerita serba sedikit aktivit yg aku buat sepanjang kat malaysia ni..tapi yang aku ingat je la..da 2bulan kot..huhu...

JUN 2009

1. Family Vacation@ Cameron Highland
alhamdulillah, berjaya juga rancangan aku untuk membawa satu family bercuti bersama2...percutian selam 3hari2malam ni sememangnya banyak membantu aku...ikatan kekeluargaan semakin kukuh, yg da lame xjumpe dapat melepaskan kerinduan, dan dapat juga terasa kesejukan UK di malaysia.. (^^) yang ikot rombongan tu, abah n mama, along ngn abg nizar, angah ngn kak ira, opah, n all my sibling..best2...next year nk buat lagi le..hehe...

2. Awards Day 09 KYUEM
aku berkesempatan melawat junior2ku di KY..alhamdulillah, ramai juagak yg still ingat aku ek?..hehe..smpat juga la berbual2 bersama2 junior...walaupun xsmpt nk ber'DF', tp hepi sbb diorg byk tanye psl life kt UK..terasa macam jd penglipur lara la plak..haha..ade juga berkenalan ngn super junior..tp xrapat sgt..huhu..agak kekok..

3. Daurah Pembukaan Ireland
first tyme g ke TTS serdang...barula mnyedari hakikat akan adanya pertubuhan di malaysia yg memperjuangkan dakwah islamiyah di malaysia ni..selalu dgr org lain ckp je..ni nmpk dan alami sndiri..alhamdulillah, byk yg dpt ketika pengisian tersebut..berkaitan sejarah usrah, tarbiyah dzatiyah, n dpt kenal ustaz2 local mcm ustaz aseem, abg muhaimin n ustaz adtiff..


....................................................................

adeh..trase kemalasan da utk taip..huhu..mmg aku ni bkn diciptakn utk bwat bende2 blog cmni kot..huhu...lg ske bace dr tulis sndiri..huhu..xpe la..xyah la cite ape yg aku bwat..biar aku je la yg phm...haha.. =p

Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.
al-a'raf:205

Thursday, May 28, 2009

KEHIDUPAN ADALAH UJIAN..........

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi dapat la menyambung tulis lagi ni...Walaupun pada dasarnya, xtau nak tulis ape sebenarnye... (^_^)

Insyaallah kali ni nak menyelami topik tentang kehidupan kita sebagai hamba allah di dunia ini...Alhamdulillah, sepanjang tempoh 12may-27may, selesai sudah salah satu ujian dunia yang telah ditetapkan oleh allah kepadaku..yakni peperiksaan akhir tahun pertama...aku tidak merasakan aku telah buat sehabis baik...kerana bagiku, usahaku hanyalah sedikit jika dibandingkan dengan orang lain...jika dibandingkan dengan rakan2ku yg kebanyakannya berasal dari China, mereka lebih tekun dan amat berusaha sungguh2 dalam peperiksaan kali ini...Telah abis semua past year exam question yang mereka siapkan sebelum peperiksaan..telah banyak masa yang mereka peruntukan untuk belajar di library dan sebagainya....tapi aku??? duduk di hadapan laptop Toshibaku, main game, then hanya membuat sedikit sahaja soalan past paper..teramatlah la sedikitnya usaha aku...mungkin kerana aku ini tidak lagi terasa bahang exam ini seperti budak2 final year yang lain..huhu.. ya allah, engkau bantulah hambamu ini..tetapkanlah iman hambamu ini dalam menghadapi ujian2ujian mu di dunia ini...amin...

kini telah habis ujian peperiksaan, datang lagi ujian yang lain...huhu...kemalasan mula melanda diri...setiap hari dipenuhi dengan tanpa membuat apa2...ya allah, besar sungguh ujianmu ini...selain keluar bilik untuk pergi menunaikan solat berjemaah di masjid, aku banyak menghabiskan masaku di dalam bilik, di hadapan laptop...facebook, friendster, ym, telah abis aku terokai sehinggakan aku dah xtau nak cari ape lagi dalam internet...setiap hari, banyak dihabiskan di katil, berchatting di ym, dan sebagainya...dana aku telah tewas..tewas dengan ujian Mu kali ini ya allah...sememangnya sukar untuk membentuk diri ini di kala keseorangan...syaitan seringkali berjaya mencucuk hati ini agar setiap hariku dipenuhi dengan perkara sia2...ya allah, bantulah hambamu ini..limpahkanlah rahmatmu agar hambaMu ini tidak mensia2kan masanya...amin...

banyak lagi ujian yang bakal aku hadapi kelak...anataranya, berkaitan landlord yg masih lagi tidak dapat dihubungi..insyaallah, aku bakal duduk di rumah baru mulai sem depan...namun, masalah timbul apabila landlord yang cuba dihubungi, tidak memberikan sebarang respons. kunci rumah masih lagi tidak diperoleh, alamat rumah tersebut juga tidak diperoleh dengan lengkap, masalah barang2 yang agak banyak untuk dipindahkan dan banyak lagi perkara yang masih belum diselesaikan..namun, aku kini, masih dapat duduk beristirehat di dalam bilikku...apakah??!!!

Kesimpulan apa yang aku ingin sampaikan kali ini, bukanlah berkaitan segala masalahku ini...tetapi apa yang aku cuba sampaikan, kehidupan kita ini sememangya adalah satu ujian,..ujian yang tiada pengakhiran sehinggalah datangnya hari pengadilan kemudian hari..dan sesungguhnya, amat rugilah seseorang itu sekiranya dihari kemudian, dia gagal dalam ujiannya...ya allah, aku memohon kepadamu agar dipermudahkan segala ujian yang ditimpakan ke atasku dan semua umat islam...bantulah kami dalam menghadapi ujianMu dan berikanlah kami kejayaan syurga yang telah Engkau janjikan...Insyaallah...amin...

Salam....

Dari Abi Al-Abbas Abdillah bin Abbas r.a katanya: Pada suatu hari adalah aku dibelakang Nabi s.a.w, lalu baginda bersabda: Hai anak! aku akan mengajar engkau beberapa perkataan. Peliharalah Allah, nescaya Ia pelihara engkau. Peliharalah Allah, nescaya engkau dapatiNya dihadapan engkau. Apabila engkau meminta, maka mintalah kepada Allah. Dan apabila engkau memohon pertolongan, maka pohonlah pertolongan itu dengan Allah. Dan ketahuilah! Sesungguhnya umat itu kalau mereka berkumpul untuk memberi manfaat kepada engkau dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat memberikannya kepada engkau kecuali dengan sesuatu yang telah dituliskannya oleh Allah atas engkau. Dan jika mereka berkumpul untuk membahayakan dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat membahayakan engkau kecuali dengan suatu yang telah dituliskannya oleh Allah atas engkau. Diangkatkan segala pena, dan telah keringlah pula segala buku. Diriwayatkan oleh Tirmizi, dan katanya hadith ini hasan sahih.

Sunday, May 3, 2009

Penerimaan watikah di Cardiff... =)

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana atas kurniaNya, dapat lgi aku mengarang.. Walaupun mungkin aku agak tidak konsisiten dalam penulisan ini, tetapi aku tetap jua memaksa diriku meneruskannya juga. Kerana aku yakin bahawa jika jiwa ini dididik dengan semangat istiqamah dan niat yang baik, nescaya hasillnya amatlah membawa kepada kebaikan.


Insyaallah kali ini aku ingin menceritakan serba sedikit yang berlaku sepanjang 2minggu aku sampai di UK sebaik sahaja pulang dari Malaysia.. Minggu yang pertama, tidak banyak perkara yang dapat aku lakukan kerana aku sendiri sibuk memastikan diri ini dapat menyesuaikan diri kembali dengan suasana UK ini. Alhamdulillah, aku dapat juga meneruskan apa yang aku lakukan di Malaysia di UK ni. Aku dapat solat berjemaah di masjid, terutamanya waktu subuh.. Subuh sekarang teramatlah awal berbanding di Malaysia.. Kalau dulu di Malaysia, aku hanya perlu bangun sekitar pukul 5.30pagi, di UK aku perlu memaksa diri ini untuk bangun seawal 4pagi. Hal ini kerana pukul 3.30pg, subuh sudah pun masuk. Dan solat subuh berjemaah di masjid bermula seawal jam 5.15pagi. Cabaran tersebut kian terasa pada masa kini kerana subuh semakin awal. Sekarang, pukul 5.30pagi pun telah terbitnya matahari yakni telah masuk waktu syuruk. Ya Allah, Engkau bantulah hambamu ini dalam istiqamah sujud kepadaMu ya Allah. Tetapkanlah iman hambaMu ini agar tidak dipesongkan hatinya ini ya Allah. Amin...

Minggu kedua, aku pergi berjaulah ke Cardiff mengikut senior2 Bristol. Katanya, ada daurah kecil-kecilan. Dan aku adalah salah seorang yang wajib datang. Wah, bunyi macam penting....WAJIB tu...Maka, sebelum sampai ke Cardiff, aku telah membayangkan bahawa daurah itu pasti akan sama seperti daurah2 sebelum ini yang pernah aku ikuti..Dan kalau hendak dibandingkan aku dengan rakan-rakanku yang lain, pastilah aku agak sedikit ketinggalan. Semuanya angkara kepulangan aku ke Malaysia sewaktu Spring Camp berjalan di UK. Mendengarkan komen rakan2 mengenai kem tersebut, terasa rugi juga kerana tidak dapat bersama mengikutinya. Insyaallah, di kemudian hari, aku akan cuba menyesuaikan takwim yakni kelendar tahunan aktiviti kem2 tersebut dengan aktiviti yang akan aku lakukan kerana takut2 juga sekiranya berlaku lagi hal seperti itu. Insyaallah, moga2 dipermudahkan oleh Allah..Amin..

Maka, hendak dijadikan cerita, setibanya aku di Cardiff menaiki Mercedes Benz A Class (Elegance) bersama-sama senior Bristol, kami disambut baik oleh Abang Azim dan Along. Rupa-rupanya, kedatangan kami telah lama dinantikan oleh sister2 Cardiff dan juga Ustaz Mazrol. Ini kerana, hanya kami yang hadir untuk mewakili pihak brothers. Agak sedikit sambutan daripada pihak brothers. Insyaallah, kalau diizinkan oleh Allah swt, aku ingin sekali melihat sesuatu aktiviti daurah atau apa jua program yang dianjurkan mendapat sambutan ramai, terutama orang yang benar2 ingin menghayati akan keindahan Islam itu dan kemanisan berjuang dijalanNya. Amin..

Selesai sahaja solat zohor dan jamak qasar asar, kami dijamukan dengan nasi putih berlaukkan ayam rendang. Terasa seperti masakan Malaysia juga walaupun aku kini berada di UK.. =) "Wah..sedap gila ayam ni...tapi hancur sikit la..masak lama sangat kot." "Antum tau tak siapa yang masak ni? Orang yang selalu pakai benda ni la yang masak," kata Ustaz Mazrol sambil menunjukkan sebuah punching bag sebesar tubuh seorang manusia. Alangkah terkejutnya kami kerana adanya punching bag sebesar itu dalam rumah akhawat. Dan agak menghiburkan hati kerana di fikiranku hanya memikirkan punca ayam itu sedikit hancur. Mungkin kerana akibat kekuatan akhawat itu agak terlebih di dalam masakan itu sampai ayam pun hampir hancur.. =p

Sekitar pukul 3ptg, ceramah pun bermula. Majlis dibuka dengan mukaddimah surah Fatir ayat 19-32..Ustaz Mazrol memperdengarkan bacaanya yang aku kira, agak sedap juga didengar.. =) Selesai bacaan, kami bersama-sama mentadabburkan ayat tersebut. Antara intipati yang agak menusuk kalbuku ini mengenai surah tersebut, adalah berkaitan dengan perbezaan di antara sesuatu yang memang telah jelas berbeza. Yakni, ternyata bezanya antara orang yang buta dan orang yang celik. Berbezanya cahaya dan kegelapan, bezanya teduh dan panas dan juga berbezanya orang yang hidup dengan orang yang mati. Pengertian yang cuba difahami dalam ayat ini, adalah mengenai makna tersirat di sebalik kalimah-kalimah yang cuba diungkapkan. Kalau hendak dihuraikan semuanya, maka sampai esok pagi pun aku masih perlu menaip. Maka cukuplah sekadar itu aku menerangkannya. Yang penting, aku faham.. =)

Perkara yang paling penting yang cuba disampaikan dalam daurah kali ini, bukanlah mengenai perbezaan2 tersebut. Tetapi yang cuba ditekankan atau perkara pokok yang ingin disampaikan oleh Ustaz Mazrol kali ini adalah berkaitan kepentingan berdakwah. Maksudnya, aku telah dibawa ke satu tahap yang sedikit tinggi, yakni tahap untuk mula berdakwah. Seolah-olah aku telah mendapat watikah perlantikan oleh Ustaz Mazrol untuk memulakan aktiviti dakwah ini secara serius. Apa yang aku cuba sampaikan disini bukanlah bermakna bahawa sebelum ini aku tidak berdakwah. Tetapi masih lagi di peringkat permulaan. Insyaallah selepas ini akan menjadi lebih serius... =)

Owh, aktiviti hampir bermula..Nanti aku sambung lagi pernceritaan penerimaan watikah di Cardiff ini.. =) Harap2 dapat disambungkan kemudian lagi nanti..Insyaallah..Salam..

Saturday, April 18, 2009

10 APRIL 2009

Jumaat 10/04/09 9.15pm

Alhamdulillah, sekali lagi aku diberikan peluang oleh Allah swt kesempatan untuk menulis. Tapi suasana kali ini sedikit berbeza kerana aku telah hampir 2 minggu meluangkan masa di kampung halamanku, di Kuala Kangsar, Perak, MALAYSIA. Aku pulang ke tanah air tepat pada 26 Mac 2009. Dan kini, baru aku sempat meluangkan sedikit masa untuk berkarya..

Telah banyak perubahan yang aku sedari sepanjang di Malaysia ini. Yakni sedikit berlainan dari ketika aku tinggalkannya dahulu. Banyak juga peristiwa-peristiwa yang sempat aku rasai sepanjang tempoh aku bercuti di Malaysia ini. Antaranya, perlantikan Perlantikan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Dato Seri Dr Najib b Tun Razak, 3 pilihan raya yang di tunggu-tunggu, PC Fair 2009 dan macam-macam lagi. Kiranya, agak beruntung juga kepulanganku kali ini..

Tidak banyak yang dapat aku kongsi kali ini. Tetapi sekadar ingin berkongsi aktiviti-aktiviti yang aku jalankan sepanjang di Malaysia ini. Pertamanya, berkaitan dengan kenduri kahwin kakak sulungku. Sebenarnya, itulah tujuanku pulang ke Malaysia kali ini, untuk menghadiri kenduri tersebut. Tibanya aku di rumah saudara untuk tumpang bermalam, aku sempat membuat kejutan kepada kedua ibubapaku. Bayangkanlah, aku balik kali ini, hanya kakakku yang sulung sahaja yang tahu. Abah dan mama langsung tidak ketahui mengenai kepulanganku ini. Dan tambah mengejutkan mereka, sebelum aku menaiki kapal terbang, aku sempat menelefon mereka mengatakan bahawa aku tidak dapat mengadiri majlis tersebut. Haha.. Maka apabila mereka melihat kelibatku, maka terkejut besar la.. Maafkan orang ye mama dan abah.. =) Keesokan harinya, majlis kenduri tersebut berjalan lancar seperti yang dirancang.. Alhamdulillah…Aku pulang bersama keluargaku ke rumah kami di Kuala Kangsar selepas tamatnya majlis tersebut.

Minggu pertama di rumah agak memenatkan. Ini kerana kepenatan menaiki pesawat KLM Royal Dutch yang berlepas dari Bristol ke KLIA mengambil masa 17jam, satu tempoh yang agak lama dan penatnya, masih lagi terasa hingga kini. Huhu.. Hari pertama di rumahku, agak baik. Aku dapat mengajak adikku menunaikan solat subuh berjemaah di masjid. Pagi itu, aku bangun awal, pukul 5pagi. Sudah menjadi kebiasaanku di UK untuk bangun awal kerana waktu subuhnya agak awal ketika itu. Sekitar pukul 4-5pagi. Dan alhamdulillah, aku dapat beristiqamah dalam menunaikan ibadah berjemaah bersama adikku. Benarlah kata orang, bila di UK kita sudah terbiasa melakukan sesuatu, tidak mustahil kita akan terikut-ikut untuk melakukannya di tempat lain.. =)

Oh ya. Minggu pertama juga aku sempat meninjau tempat-tempat yang menarik di Cameron Highland. Aku telah lama merancang untuk membawa seluruh ahli keluargaku untuk bercuti di situ. Insyaallah, kalau diizinkan oleh Allah swt, aku bercadang untuk membawa mereka pada 13-14jun 2009. Kakakku yang sulung mencadangkan agar kami menginap di rumah tumpangan TNB kerana along adalah pekerja TNB, maka dibenarkan untuk menggunakan kemudahan tersebut. Namun, penginapan tersebut tidak diputuskan lagi. Sempat juga aku melawat sekitar Cameron. Aku ke Strawberry Farm, Rose Garden, pasar malam, ladang lebah, Cactus Valley, Smoke House, dan sebagainya. Aku ke sana menaiki motor. Maka, agak senang untuk aku meninjau tempat-tempat tersebut. Tetapi yang paling ketara, Cameron Highland kini, tidak lagi sesejuk dulu. Mungkin suhunya sekitar 23degree. Tapi agak sejuk ketika malam hari dan awal pagi. Insyaallah, kalau tiada aral melintang, rancanganku ini dapat berjalan dengan lancar. =)

Minggu kedua, aku ke Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin, Selangor. Melawat adik-adikku di sana. Pada mulanya, aku agak segan untuk ke sana. Ini kerana, aku ni, tidaklah rapat dengan mana-mana junior atau cikgu di sana, Maksudku, aku hanyalah rakan biasa kepada mereka semua. Tambah menyedihkan, aku tiada nombor juniorku langsung..huhu.. Tapi, tibanya aku di sana, persepsiku berubah. Kedatanganku disambut dengan mesra oleh staff-staff yang mengenaliku dahulu. Seingat aku, aku slalu bertegur sapa dengan mereka. Pekerja dewan selera, café, staff admin, pak guard, abang-abang dan makcik-makcik RC, hampir kesemuanya mengenaliku dan menegurku. Terasa diri ini seperti seorang artis. =p Tempat pertama yang aku tuju, adalah surau as-saad. Wah, surau dah ada audio system yang baru. Agak sedap juga bunyinya kalau dibandingkan dahulu. Kemudian, setelah beristirehat sebentar, aku melangkahkan kaki ke bilik guru. Kini guru-guru KY diasingkan mengikut department masing-masing. Aku sempat berbual mesra dengan Ustaz Malikie. Kemudian aku menegur Puan Sheila dan Puan Ju yang sedang berehat selepas selesai menanda kertas jawapan exam trial Further Maths. “Sehari je dah siap. Senang sangat nak tanda paper further ni. Pangkah je…”kata Puan Ju dan Puan Sheila. Hmm, agak kecewa aku mendengarnya. Kasihan kepada junior-juniorku mengenangkan nasib exam further maths mereka. Dalam pada itu, Puan Ju sempat memerliku. “Saya ingat sangat kat awak pai. Selalu ponteng kelas saya”. Pedasnya, terasa sampai sekarang. Huhu.

Kemudian, aku berjumpa dengan Miss Aizan. Banyak yang sempat kami bualkan. Maklumlah, Miss Aizan dahulu pernah juga belajar di UK. Maka, banyaklah nasihat dan peringatan yang aku dapat. Terima kasih Miss Aizan. =)

nampaknya, berakhir di sini sahaja nukilanku kali ini.. Insyaallah berjumpa lagi di lain hari..Salam...

Tuesday, March 24, 2009

Adab tuan rumah terhadap tetamu(berkaitan makanan)!!!

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah swt kerana diberikan lagi kelapangan untuk meneruskan apa yang telah terhenti sejak sekian lamanya. Insyaallah, hari ini saya ingin bersama-sama untuk berkongsikan sedikit sebanyak mengenai adab-adab nelayan tetamu. Hal ini kerana, sepangjang minggu ini saya telah menerima beberapa kunjungan rakan-rakan dari London, Warwick dan Bristol. Alhamdulillah, saya dapat melaksanakan tugas sebagai tuan rumah dengan jayanya dengan melihatkan reaksi rakan-rakan yang gembira dapat berkunjung ke Bath dan bertemu saya. =)

Antara perkara yang paling penting dalam melayan tetamu adalah dari segi makanan. Hal ini kerana menjamu makanan kepada tetamu adalah lebih baik dan mempunyai banyak kelebihan. Diriwayatkan bahawa Saidina Ali r.a pernah berkata, " Jika aku dapat mengumpulkan rakan-rakanku dengan satu sha' makanan(tidak diketahui maksud sebenar sha', mungkin satu bahagian), lebih utama bagiku daripada memerdekakan seorang hamba sahaya." Berkata Ibnul Umar r.a," Antara tanda kemuliaan seseorang ialah makanannya ketika dalam pelayaran dan tidak lokek memberikannya kepada rakan-rakannya." Tambahan pula, dalam kisah sejarah sirah nabi dahulu kala, para sahabat yang sering berkumpul untuk majlis bacaan Al-quran tidak akan berpisah melainkan sesudah menjamah sedikit jamuan, walaupun ringan. Wahai rakan-rakan sekalian, maka ketahuilah bahawa pentingnya melayan tetamu yang datang ke rumah/bilik kita dengan sebaik-baiknya. =)

Namun kepada tetamu sekalian, ketahuilah bahawa anda semua juga mempunyai adab-adab yang sebaiknya diikuti.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam rumah nabi, kecuali jika kamu telah diizinkan untuk makan,tanpa menunggu masaknya makanan, tetapi apabila kamu diundang, hendaklah kamu masuk, dan apabila selesai makan, hendaklah kamu keluar tanpa beramah-tamah dengan percakapan(bual kosong)."
~Al-ahzab(33):53~

Sedikit keterangan mengenai ayat ini, pada zaman dahulu, para sahabat selalu datang ke rumah nabi tanpa diundang untuk bercakap-cakap, kadang-kadang sehingga waktu makan, lalu mereka makan bersama-sama dengan Nabi s.a.w. Sebenarnya, yang demikian itu tidak disenangi oleh nabi, lalu maka turunlah ayat ini.

Apa yang boleh kita rumuskan dari ayat ini, janganlah kita sebagai tetamu datang ke rumah rakan-rakan untuk berbual kosong, sehinggalah menunggu hingga masaknya makanan. Perkara seperti ini seringkali berlaku di Malaysia pada pendapat saya. Rakan-rakan bertandang ke rumah tanpa diundang ketika tibanya waktu makan tengahari, makan malam dan sebagainya. Maka tuan rumah yang tidak menjangkakan kedatangan rakannya, terpaksa masak makanan tambahan kerana khuatir tidak mencukupi. =)

Kepada tuan rumah pula, janganlah memaksa diri untuk menyediakan makanan yang terlalu sukar sehinggakan memudaratkan diri. Contohnya, sekiranya bahan mentah yang ada hanyalah telur, tidak perlulah tuan rumah memaksa diri untuk membeli ikan, ayam atau udang semata-mata untuk menjamu tetamu. Namun sekiranya perkara tersebut tidak memudaratkan, maka adalah digalakkan. Setengah orang berkata: Kami pergi kerumah Jabir r.a lalu dihidangkan kami roti dan cuka (acaran). Berkata Jabir: Kalaulah tidak karena aku dilarang dari memberatkan diri dalam jamuan, tentulah aku akan hidangkan bermacam-macam makanan kepada kamu. =)

Dirasakan bahawa telah terlalu panjang post kali ini. Lagipun saya minggu ini amat sibuk dengan persiapan percutian sempena cuti Easter ini. Diharapkan segala perancangan yang telah dirancang dapat berjalan dengan sempurna. Insyaallah. Maka, sekian dulu buat kali ini. Insyaallah ketemu lagi di lain hari. Salam.

Sunday, March 1, 2009

Percubaan pertama....


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a., beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
" Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Al-Hadis: Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih.
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya, dapatlah saya diberikan kekuatan untuk cuba mula menceburi bidang penulisan. Seperti yang semua maklum, saya ini bukanlah insan yang sememangnya konsisten dalam apa yang saya buat. Tapi insyaallah, dengan izinNya, saya akan cuba untuk meneruskan dengan istiqamahnya apa yang akan saya mulakan ini. Insyaallah..
Saya mulakan post saya yang pertama ini dengan hadis pertama daripada kumpulan 40hadis yang sememangnya diketahui umum. Setiap amalan itu bergantung kepada niatnya. Ulama ada berkata:
"Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat, dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya."
Maka, saya niatkan agar penulisan ini adalah kerana Allah, untuk saya memperjuang menegakkan agama Islam. Insyaallah. Disamping itu, saya juga berharap agar penulisan ini dapat memberi peringatan kepada yang terlupa serta dapat juga mengingatkan diri saya sendiri agar tidak alpa dengan kelalaian dunia. Insyaallah.
Akhir kata, saya berdoa agar usaha saya ini dapat diberikan kekuatan oleh Allah swt untuk berterusan dan bukanlah hanya untuk 'hangat-hangat tahi ayam' sahaja. Insyaallah. Sekian dahulu daripada penduduk Bath yang keseorangan pada zahirnya. Wallahu'alam...