Sunday, May 3, 2009

Penerimaan watikah di Cardiff... =)

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana atas kurniaNya, dapat lgi aku mengarang.. Walaupun mungkin aku agak tidak konsisiten dalam penulisan ini, tetapi aku tetap jua memaksa diriku meneruskannya juga. Kerana aku yakin bahawa jika jiwa ini dididik dengan semangat istiqamah dan niat yang baik, nescaya hasillnya amatlah membawa kepada kebaikan.


Insyaallah kali ini aku ingin menceritakan serba sedikit yang berlaku sepanjang 2minggu aku sampai di UK sebaik sahaja pulang dari Malaysia.. Minggu yang pertama, tidak banyak perkara yang dapat aku lakukan kerana aku sendiri sibuk memastikan diri ini dapat menyesuaikan diri kembali dengan suasana UK ini. Alhamdulillah, aku dapat juga meneruskan apa yang aku lakukan di Malaysia di UK ni. Aku dapat solat berjemaah di masjid, terutamanya waktu subuh.. Subuh sekarang teramatlah awal berbanding di Malaysia.. Kalau dulu di Malaysia, aku hanya perlu bangun sekitar pukul 5.30pagi, di UK aku perlu memaksa diri ini untuk bangun seawal 4pagi. Hal ini kerana pukul 3.30pg, subuh sudah pun masuk. Dan solat subuh berjemaah di masjid bermula seawal jam 5.15pagi. Cabaran tersebut kian terasa pada masa kini kerana subuh semakin awal. Sekarang, pukul 5.30pagi pun telah terbitnya matahari yakni telah masuk waktu syuruk. Ya Allah, Engkau bantulah hambamu ini dalam istiqamah sujud kepadaMu ya Allah. Tetapkanlah iman hambaMu ini agar tidak dipesongkan hatinya ini ya Allah. Amin...

Minggu kedua, aku pergi berjaulah ke Cardiff mengikut senior2 Bristol. Katanya, ada daurah kecil-kecilan. Dan aku adalah salah seorang yang wajib datang. Wah, bunyi macam penting....WAJIB tu...Maka, sebelum sampai ke Cardiff, aku telah membayangkan bahawa daurah itu pasti akan sama seperti daurah2 sebelum ini yang pernah aku ikuti..Dan kalau hendak dibandingkan aku dengan rakan-rakanku yang lain, pastilah aku agak sedikit ketinggalan. Semuanya angkara kepulangan aku ke Malaysia sewaktu Spring Camp berjalan di UK. Mendengarkan komen rakan2 mengenai kem tersebut, terasa rugi juga kerana tidak dapat bersama mengikutinya. Insyaallah, di kemudian hari, aku akan cuba menyesuaikan takwim yakni kelendar tahunan aktiviti kem2 tersebut dengan aktiviti yang akan aku lakukan kerana takut2 juga sekiranya berlaku lagi hal seperti itu. Insyaallah, moga2 dipermudahkan oleh Allah..Amin..

Maka, hendak dijadikan cerita, setibanya aku di Cardiff menaiki Mercedes Benz A Class (Elegance) bersama-sama senior Bristol, kami disambut baik oleh Abang Azim dan Along. Rupa-rupanya, kedatangan kami telah lama dinantikan oleh sister2 Cardiff dan juga Ustaz Mazrol. Ini kerana, hanya kami yang hadir untuk mewakili pihak brothers. Agak sedikit sambutan daripada pihak brothers. Insyaallah, kalau diizinkan oleh Allah swt, aku ingin sekali melihat sesuatu aktiviti daurah atau apa jua program yang dianjurkan mendapat sambutan ramai, terutama orang yang benar2 ingin menghayati akan keindahan Islam itu dan kemanisan berjuang dijalanNya. Amin..

Selesai sahaja solat zohor dan jamak qasar asar, kami dijamukan dengan nasi putih berlaukkan ayam rendang. Terasa seperti masakan Malaysia juga walaupun aku kini berada di UK.. =) "Wah..sedap gila ayam ni...tapi hancur sikit la..masak lama sangat kot." "Antum tau tak siapa yang masak ni? Orang yang selalu pakai benda ni la yang masak," kata Ustaz Mazrol sambil menunjukkan sebuah punching bag sebesar tubuh seorang manusia. Alangkah terkejutnya kami kerana adanya punching bag sebesar itu dalam rumah akhawat. Dan agak menghiburkan hati kerana di fikiranku hanya memikirkan punca ayam itu sedikit hancur. Mungkin kerana akibat kekuatan akhawat itu agak terlebih di dalam masakan itu sampai ayam pun hampir hancur.. =p

Sekitar pukul 3ptg, ceramah pun bermula. Majlis dibuka dengan mukaddimah surah Fatir ayat 19-32..Ustaz Mazrol memperdengarkan bacaanya yang aku kira, agak sedap juga didengar.. =) Selesai bacaan, kami bersama-sama mentadabburkan ayat tersebut. Antara intipati yang agak menusuk kalbuku ini mengenai surah tersebut, adalah berkaitan dengan perbezaan di antara sesuatu yang memang telah jelas berbeza. Yakni, ternyata bezanya antara orang yang buta dan orang yang celik. Berbezanya cahaya dan kegelapan, bezanya teduh dan panas dan juga berbezanya orang yang hidup dengan orang yang mati. Pengertian yang cuba difahami dalam ayat ini, adalah mengenai makna tersirat di sebalik kalimah-kalimah yang cuba diungkapkan. Kalau hendak dihuraikan semuanya, maka sampai esok pagi pun aku masih perlu menaip. Maka cukuplah sekadar itu aku menerangkannya. Yang penting, aku faham.. =)

Perkara yang paling penting yang cuba disampaikan dalam daurah kali ini, bukanlah mengenai perbezaan2 tersebut. Tetapi yang cuba ditekankan atau perkara pokok yang ingin disampaikan oleh Ustaz Mazrol kali ini adalah berkaitan kepentingan berdakwah. Maksudnya, aku telah dibawa ke satu tahap yang sedikit tinggi, yakni tahap untuk mula berdakwah. Seolah-olah aku telah mendapat watikah perlantikan oleh Ustaz Mazrol untuk memulakan aktiviti dakwah ini secara serius. Apa yang aku cuba sampaikan disini bukanlah bermakna bahawa sebelum ini aku tidak berdakwah. Tetapi masih lagi di peringkat permulaan. Insyaallah selepas ini akan menjadi lebih serius... =)

Owh, aktiviti hampir bermula..Nanti aku sambung lagi pernceritaan penerimaan watikah di Cardiff ini.. =) Harap2 dapat disambungkan kemudian lagi nanti..Insyaallah..Salam..

2 comments:

Anonymous said...

mantap pai!!!
teruskan penulis & semoga istiqamah di jalan-Nya, amin!!!

Anonymous said...

Waa..perlantikan tuuu!!! Semoga dapat memikul tanggungjawab ini dgn istiqamah =) -Fahmi Birm