Wednesday, November 18, 2009

MAMA DAN ABAH...

salam wbt...

hari ini, aku tidak mengerti. mengapa dengan tiba-tiba, hatiku asyik teringat kepada kedua orang tuaku di Malaysia. rasa rindu semakin terasa. seolah-olah, aku semakin jauh dengan mereka. ya Allah, jika Engkau memberikan peluang kepada hambaMu ini untuk berjumpa kedua ibubapaku, nescaya akan aku peluk mereka seerat-eratnya. tanda kasih sayang aku kepada mereka. tanda kerinduan seorang anak di perantauan kepada kedua orang tuanya.

ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. janganlah Engkau ambil ibubapaku sebelum sempat untuk aku menabur bakti membalas jasa mereka membesarkan aku ya Allah. hambaMu ini masih lagi belum bersedia untuk kehilangan insan yang paling aku sayangi ya Allah.......aku memohon kepadaMu ya Allah..Engkau panjangkanlah umur kedua ibubapaku ya Allah.....berikanlah aku peluang untuk membalas jasa mereka ya Allah....tolonglah ya Rahman, ya Rahim...

Abidi Hussain kini semakin berumur. rambut yang dahulunya hitam, kini keputihan uban sudah menutupi kepalanya. kedut di mukanya, jelas menggambarkan usianya. 54 tahun, itulah umur ayahku kini. senyumannya, menampakkan gigi-gigi putih yang jarang. namun, masih mampu membuatkan orang disekelilingnya berasa gembira. periang. hanya satu perkataan yang dapat menggambarkan personaliti ayahku. walaupun seringkali ditimpa masalah, senyumannya tetap masih mampu dilakar. pengalamannya, sejangkau dengan usianya. abah, aku sayang padamu. terima kasih kerana membesarkan aku abah. mengajarkan aku segala-galanya. mendidik aku, sehingga menjadi insan seperti ketika ini...terima kasih....masih segar di ingatanku. tatkala engkau mengusap kepalaku, mengucapkan tahniah kepadaku atas kejayaan mendapat 5A untuk UPSR..."macam ni lah anak abah." masih lagi terngiang-ngiang di telingaku akan ungkapan itu. abah, terima kasih atas dorongan dan galakan yang engkau berikan. hanya Allah jua yang mampu membalas jasamu itu. InshaAllah, aku akan menjadi seorang ayah yang sama baik sepertimu, dan akan berusaha untuk menjadi lebih baik lagi. abah, engkaulah ayah yang terbaik!!!

Noor Azian Zaini, juga berumur 54tahun. tubuhnya, terlalu kerdil. jika dilihat dari jauh, seakan-akan pelajar yang baru berusia belasan tahun. itulah ibuku. insan yang lebih mesra aku panggil sebagai 'mama'. tempat untuk mengadu domba, tempat untuk bermanja-manja, dan tempat untuk segala-galanya. itulah mama. "Assalamualaikum, mama ada?" soalan yang pertama sekali aku akan tany jika aku telefon ke rumah. semenjak dari Tingkatan 1 lagi aku telah tinggal berjauhan dari keluarga, yakni memasuki sekolah berasrama penuh. maka, telefon sahajalah yang menjadi medium komunikasi antara aku dan keluargaku. dan mama adalah orang pertama yang aku akan tanyakan. mendengar suaranya sahaja sudah cukup untuk menceriakan hariku. melihatkan senyuman, sudah cukup untuk menyempurnakan hidupku. setiap perkara yang dilarangnya, pasti ada hikmah. setiap tegurannya, ada benarnya. walaupun mama sentiasa sibuk dengan urusan pejabat, namun mama masih lagi mampu untuk meluangkan masa untuk anak-anaknya. tabah. perkataan yang menggambarkan mama. seorang ibu yang cukup tabah untuk menjaga 9 orang anak dan seorang suami. di samping itu pula dengan urusan pejabat yang banyak, masih lagi mampu membahagikan masa untuk menggembirakan kami dan abah. mama, terima kasih....terima kasih atas didikanmu. terima kasih atas nasihatmu. dan terima kasih untuk segala-galanya. hanya Allah jua yang mampu membalas jasamu itu. inshaAllah, akan aku carikan seorang wanita yang mampu menjadi sehebatmu untuk mendidik anak-anakku sepertimana engkau mendidik kami semua, mama. mama, aku sayang padamu. aku bersyukur padaMu ya Allah kerana mengurniakan aku seorang ibu sepeti mama. Engkau ampunlah dosa mama dan abah ya Tuhan yang Maha Mengasihi..

"Keredhaan Allah terletaka pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah juga terletak pada kemurkaan ibubapa"
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya – hadis no: 1899 (Kitab al-Birr wa al-Shalah, Bab berkenaan keutamaan pada keredhaan ibubapa) dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – hadis no: 515.

Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu ‘anh ber
kata:

Sesungguhnya seorang lelaki dari Yaman telah berhijrah kepada Rasulullah s.a.w (untuk berjihad) lalu baginda bertanya: “Adakah kamu mempunyai seseorang di Yaman?” Dia menjawab: “Ibubapa aku.” Rasulullah bertanya: “Adakah mereka memberi izin kepada engkau?” Dia menjawab: “Tidak.” Rasulullah bersabda: “Kembalilah kepada mereka berdua dan mintalah izin dari mereka berdua.

Jika mereka mengizinkan engkau maka berjihadlah akan tetapi (jika tidak) maka berbuat baiklah kepada mereka berdua.”


salam dari bath...

No comments: