Wednesday, November 11, 2009

PENYAKIT UMAT AKHIR ZAMAN...

salam wbt.

hari ini aku ketawa. aku tersenyum. dan aku menangis. semuanya akibat terbaca satu hadis di internet. hadis yang dulunya seringkali diceritakan kepadaku, yang seringkali diwar-warkan oleh rakan-rakanku, bila mana, begitu kerap sekali aku diperdengarkan kepada hadis itu, sehinggakan aku boleh menghafalnya. tetapi, hari ini, aku terbaca mengenainya. terkesima, terkedu, dan tergamam memikirkannya. SPEECHLESS...

"
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang­-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hari itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati"."
HADIS RIWAYAT ABU DAUD

aku akui, dahulunya ketika diceritakan mengenai hadis ini, tiada perasaan. hati ini penuh dengan amal jahiliyyah sehinggakan tidak terkesan hadis ini kepadaku. tapi kini, aku rasa menyesal. kerana, dahulunya, mengapa aku tidak terkesana akan hadis ini? ya Allah, bantulah hambamu ini. bukakanlah pintu taubat untuk hambamu ini. amin..

wahai rakan-rakan sekalian, sedarkah kita? bukankah kata Rasulullah itu telah menjadi realiti pada masa sekarang ini? tidakkah sekarang kita dikerumuni oleh bangsa-bangsa dunia? apakah tanggapan masyarakat dunia kepada umat Islam wahai sahabatku? bagaimanakah nasib saudara-saudara se-Islam kita di Palestina? Pakistan? Iraq? Bosnia? Kashmir? Pattani? dan di seluruh dunia, dimana kalau aku sebutkan disini, nescaya tidak mampu kamu semua bacanya. air mata yang membasahi pipi ini, masih belum sempat untuk kering, telah syahid seorang muslim di medan perang. ya Allah, tempatkanlah roh-roh orang yang berjuang dijalanMu ke dalam JannahMu ya Allah. amin...

secara zahirnya, penganut Islam adalah majoriti di dunia ini. tapi mengapa Islam ditindas? Dimana Islam yang dahulunya dipandang tinggi oleh masyarakat dunia? Benarlah kata nabi, Allah telah mencabut rasa gerun terhadap Islam dari hati orang-orang kafir untuk memerangi Islam.

"Dan orang-orang yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepadamu sebelum engkau mengikuti agama mereka." [2:120]

dan dalam hadis itu juga, ada diterangkan mengenai penyakit umat akhir zaman, iaitu WAHN. sejenis penyakit yang dicirikan oleh Rasulullah sebagai sikap mencintakan dunia dan takutkan mati. kenapa kita mahu mencintakan dunia yang hanyalah tempat persinggahan? ataupun kita masih lagi enak dibuai mimpi indah oleh bisikan syaitan yang menjadikan dunia ini ibarat syurga? sedarlah rakan-rakanku. bangkitlah dari tidurmu itu. akhirat adalah tujuan kita!!!

"Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?" [6:32]

"eh, mana ada aku cintakan dunia. aku solat full, baca quran ada. puasa ada. mana ada cintakan dunia." begitulah yang seringkali kita dengan insan-insan yang menafikan kebenaran. sahabatku, tanyakan pada diri anda sendiri, dalam sehari, berapa banyak masa yang anda peruntukkan untuk Islam? kemudian, bandingkan dengan jumlah masa anda belajar. ternyata jauh beza bukan? "study itu adalah kewajipan aku. aku dihantar ke UK untuk belajar, bukan buat benda lain!" alasan yang sudah pasti akan diberikan. jika benar itu adalah keawjipan kita, di manakah kewajipan kita untuk menegakkan Islam? bagaimana pula dengan kewajipan kita terhadap saudara-saudara se-Islam kita yang ditindas di luar sana? mengapakah kita boleh duduh beristirehat di atas tilam yang empuk sedangkan saudara kita bersengkang mata mempertahankan iman mereka sehingga bergadai nyawa? rakan-rakan, renungkanlah...

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." [47:7]

Akhir kata, marilah kita bersama-sama memperjuangkan Islam, membantu Ad-Deen ini. agar dengan demikian, Allah juga akan membantu kita. KIKIS penyakit wahn itu dari dalam diri kita. TINGGALKAN segala karat-karat jahiliyyah. BANYAKKAN masa untuk kenali Islam, dan sebarkannya...
sekadar untuk renungan,

JIKA KITA MAMPU MENDENGAR LECTURE UNTUK BEBERAPA MINIT, MENGAPA KITA TIDAK BOLEH MELUANGKAN MASA UNTUK 5 MINIT TAZKIRAH?

JIKA KITA MAMPU MEMBACA BUKU SEHINGGA HABIS, MENGAPA KITA TIDAK BOLEH MENGKHATAMKAN AL-QURAN SELALU?

JIKA KITA MAMPU BERBELANJA UNTUK SERTAI SEMINAR PENDIDIKAN, MENGAPA KITA TIDAK BOLEH MENGINFAKKAN SEDIKIT HARTA UNTUK RAKYAT MISKIN?

segala persoalan ini hanya akan terjawab oleh anda sendiri. anda mampu pilih untuk menjadi penonton atau penggerak. wallahu'alam.

salam dari bath...



No comments: