Tuesday, October 6, 2009

pAyUng--sejauh mana kita perlukannya??

salam wbt..

alhamdulillah, telah selesai 2hari sesi persekolahan minggu yang pertama untuk tahun kedua. walaupun otak ini masih lagi belum dapat bergerak cerdas, namun apa yang dibincangkan bersama pensyarah tadi masih lagi dapat difahami walaupun bukan sepenuhnya. (>.<)

hm, mungkin tajuk hari in berlainan sedikit daripada biasa. tidak tahu kenapa hati ini mahu membicarakan mengenai payung, sejenis alat yang digunakan untuk melindungi penggunanya daripada ditimpa hujan. maklumlah sekitar dua tiga hari ini Bath sentiasa dilanda hujan. yakni hujan yang bukannya sedikit, lebatnya seperti hujan rintik-rintik di malaysia. senang untuk digambarkan, jika berdiri 5minit dalam hujan itu, baju sejuk tu boleh diperah. haa..macam tu la lebatnye hujan di bath dua tiga hari ini. huhu...

pagi tadi aku terpaksa menunggu bas agak lama. tambah pula ketika itu sedang hujan. dan macam biasa, tidak pernah membawa payung. huhu. maka, basah juga bajuku ini. tapi nasib baik tiupan kencang angin di universiti sedikit sebanyak mempercepatkan proses sejatan air basahan hujan di bajuku itu. =)

payung..apa yang best pasal payung sampai aku nak cerita ni?? dalam perjalanan ke universiti tadi, sempat juga akal ini berfikir sejenak. memikirkan kepentingan payung. " Hm, kalau tiada payung, alamat tiap2 hari basah la baju aku ni. then kalau baju basah, mesti berbau hapak n semua orang xde la nk dtg dekat. huhu." hatiku merungut.

rupanya, peristiwa itu telah menyedarkan aku. memberikan aku gambaran analogi yang sememangnya amat mendalam mengenai pemahaman islam. sebenarnya, akidah islamiyyah adalah ibarat sekaki payung yang besar yang dapat memayungi manusia daripada kejahatan syaitan yang menyesatkan agar sentiasa berada dalam jalan kebenaran. asas akidah islamiyyah adalah tauhid kepada allah swt. dan rasanya semua masih lagi ingat akan tauhid uluhiyyah dan tauhid rububiyyah kan?

banyak ayat di dalam al-quran yang ada menerangkan mengenai rububiyyah allah swt. antaranya, yunus:107, al-baqarah:258-260, luqman: 25, luqman: 23, ar-rum:30, al-a'raf:172-173, dan asy-syams:8-10. berkenaan tauhid uluhiyyah pula, boleh rujuk al-anbiya':25 dan an-nahl:36.

anasir-anasir jahat hasil bisikan syaitan ibarat hujan yang hany menimpa orang tidak berpayungkan akidah islamiyyah ini. kesannya, kotor dan basahlah baju orang yang tidak berpayung itu. dan seperti yang dikhabarkan, baju yang kotor akan berbau dan masyarakat akan menjauhi orang yang tidak berpayung itu. insan yang tidak mempunyai payung, yakni pegangan akidah islamiyyah yang mantap, basahlah dia oleh hujan-hujan kotoran yang akibatnya dibenci oleh masyarakat sendiri.

ada juga kes orang yang sudah ada payung. tetapi payungnya itu dipegang lembut sehinggakan apabila ditiup angin kencang, berterbanganlah payungnya itu. orang yang pegangan akidahnya kurang teguh, amat mudah untuk dibasahkan oleh hujan-hujan jahiliyyah. na'uzubillah...moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan tersebut. amin...

kesimpulannya, akidah tauhid adalah akidah yang sahih. allah sendiri telah bersaksi akan kesahihannya dalam surah ali-imran:18. sesiapa yang berpegang kepada akidah tauhid dan membentuk kehidupannya menurut tuntutan-tuntutanNya, maka akan selamatlah hidupnya, dunia dan akhirat.

hari pun dah malam. tiba masa untuk mempersiapkan diri berehat seketika. sebelum kita memejamkan mata, marilah kita berfikir sejenak. sudahkah kita menyediakan payung akidah untuk kemudian hari?? renung-renungkan. (^_^)

jzkk..

salam wbt..
fairuz bath

No comments: