Wednesday, July 21, 2010

Pengajaran untuk anakku 1

Salam wbt...

Kehadapan anakku yang disayangi, ayah masih teringat akan segala pengalaman dan kenangan manis ketika ayah belajar di UK dahulu. Dan alhamdulillah, kini ayah baru sahaja menamatkan tahun kedua pengajian di UK ini. InshaAllah dalam masa beberapa bulan sahaja lagi, ayah bakal melanjutkan pengajian di tahun terakhir. Doakan agar ayah terus maju kehadapan ya..inshaAllah..

Anakku, hidup di UK dan hidup di Malaysia adalah satu perkara yang berbeza. Banyak perkara yang boleh kita lakukan di UK, tapi di Malaysia banyak yang kita tinggalkan. Kadang-kadang manusia ini perlu seringkali diingatkan setiap masa agar tetap berada dalam keimanan dan mengikuti jalan yang diredhai Allah swt. Ingin ayah ceritakan serba sedikit agar menjadi pengajaran buatmu, anakku.


Dulu di UK, masa lapangku sentiasa terisi dengan perkara bermanfaat..
Kini di Malaysia, masa lapangku adalah untuk televisyen, tidur, dan makan..

Dulu di UK, walau subuhnya seawal 4pagi sekalipun aku tetap bangun malam beribadah padaNya..
Kini di Malaysia, walau subuhnya sekitar 6pagi, untuk bangun malam, amat sukar sekali. malah kadangkala subuhku dipenghujung waktu.

Dulu di UK, masjidnya agak jauh dari rumah. kadang2 dipaksa diri ini untuk berjalan kaki sejauh 10minit setiap kali waktu solat untuk solat berjemaah...
Kini di Malaysia, masjidnya dekat2 je. jalan mana2 mesti jumpe masjid. malah, kalau jauh masih ada motor, basikal, kereta sebagai kenderaan. tapi solatku hanya di rumah berseorangan...

Dulu di UK, keluarga di rumah seringkali dirindui. pasti setiap minggu akan telefon ke rumah untuk bertanya khabar, melepaskan kerinduan pada seisi keluarga. bertanyakan mengenai perihal study adik2 serta perihal kesihatan mak dan ayah...
Kini di Malaysia, keluarga tidak diambil berat pun. salam2, peluk2 dan sayang2 ahli keluarga hanya pada saat menjejakkan kaki di KLIA. diri ini tidak lagi bertanyakan akan permasalahan ahli keluarga, tiada lagi ucapan rindu2 dan sayang2...

Dulu di UK, al-quran sentiasa dibawa ke mana2. pasti paling kurang satu muka al-quran akan dibaca setiap hari. mathurat sentiasa dalam ingatan. juzuk 30 pasti menjadi surah hafazan bulanan...
Kini di Malaysia, al-quran hanya diletak dan dibiarkan berhabuk di atas rak2 buku. tiada lagi ayat quran yang dibacakan setiap hari. mathurat lekang dari ingatan. ayat hafazan hanya 4surah Qul...

Dulu di UK, daurah2 dan program islamik seringkali aku hadir untuk isikan jiwa2 yang kering ini. walau terpaksa menaiki bas, train, dan kereta yang sememangnya mahal dan memenatkan, namun aku gagahkan diri dan berkorban harta, masa dan tenaga demi secebis ilmu dan peringatan yang pasti membasahkan hati ini...
Kini di Malaysia, daurah2 dan program islamik seringkali berat untuk aku hadir.bas, komuter, dan teksi tersedia dengan banyaknya, namun pelbagai alasan diberikan. Jauh, tiada kebenaran daripada ibubapa, penat, dan sebagainya. hati ini dibiarkan sahaja kekeringan...

Dulu di UK, wang saku yang diperoleh seringkali aku gunakan dengan cermat. tidak boros. tidak belanjakannya untuk barang yang tidak penting. namun diri ini tidak pernah lokek dalam bersedekah, infaq kepada palestin, dan menderma ke dalam tabung masjid setiap jumaat...
Kini di Malaysia,wang saku yang diperoleh seringkali dibelanjakan dengan boros. nafsu makan sentiasa dituruti. panggung wayang sentiasa dikunjungi. namun diri ini amat lokek dalam bersedekah, infaq kepada palestin, dan menderma ke dalam tabung masjid setiap jumaat...

Dulu di UK, memasak adalah satu kemestian. makanan halal susah untuk diperoleh dan jika ada, sangat mahal. untuk berjimat, aku perlu masak. walau masakan tidak berapa sedap, namun semangat untuk belajar memasak tidak pernah luntur dan akhirnya, banyak resepi yang dapat dipelajari...
Kini di Malaysia, memasak adalah satu mitos. rasa malas sangat untuk masak. sebabnya, keluar rumah, jalan kaki beberapa langkah, pasti ada kedai2 mamak, restoran2, dan kedai2 runcit. semua makanan halal. malah, khidmat delivery pun sangat banyak dan akhirnya, duduk goyang kaki dalam rumah pun boleh dapat makanan...

Dulu di UK, usrah adalah satu perkara yang amat aku sukai. berjumpa dengan naqib/naqibah dan rakan2 usrah yang lain membuatkan hati ini sentiasa rindu pada mereka. masing2 tidak sabar untuk berjumpa dalam usrah di minggu seterusnya. ukhuwah yang terjalin amat teguh...
Kini di Malaysia, usrah adalah satu perkara yang cuba aku elakkan. aku malu untuk maklumkan pada ibubapaku berkenaan usrahku. malah rakan usrah yang baru tidak sama seperti yang lama. ukhuwah itu teramat rapuh...

Dulu di UK, berita dunia dan perihal saudaraku di Palestin seringkali aku peduli. website palestinkini.info pasti akan aku buka setiap hari. tidak pernah lekang dari bibir ini mendoakan keselamatan akan saudaraku di bumi Gaza...
Kini di Malaysia, berita dunia dan perihal saudaraku di Palestin tidak lagi aku endahkan. akhbar metro dan majalah hiburan yang aku utamakan. nasib saudaraku di bumi gaza tidak aku hiraukan...


Anakku, adakah dirimu juga begitu? Astaghfirullah. Ayahmu ini sentiasa berdoa agar dirimu tidak menjadi seperti ayahmu ini. Sesungguhnya, ayahmu ini
masih lagi belum SEMPURNA,
masih lagi belum cukup BERIMAN,
masih lagi belum IKHLAS dalam beribadah kepadaNya,
masih lagi belum BERILMU,
masih lagi belum KUAT untuk menempuh cabaran dan dugaan duniawi,
masih lagi belum MANTAP dengan ujian Allah swt,
masih lagi belum BEKERJA sepenuhnya untuk dakwah,
masih lagi belum BERJIHAD menegakkan kalimah Islam di persada dunia,

dan ketahuilah bahawa

ayahmu ini juga masih lagi belum BERSEDIA!!!


Anakku, muda-mudahan kalian akan mengambil pengajaran daripada apa yang ayahmu ceritakan ini. Perbaikilah diri kalian. InshaAllah dengan keizinanNya, kalian semua akan berjaya dunia dan akhirat.

Khas untuk anakku tersayang,
-bapamu-

No comments: